Pemandu maut, kenderaan berat jatuh kolam

RAUB – Seorang pemandu maut selepas kenderaan berat dipandunya terjatuh ke dalam kolam buangan sisa di sebuah kilang sawit di Kampung Tersang di sini, malam semalam.

Dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira jam 10 malam itu, mangsa, Mohamad Syariffudin Jemain, 37 beralamat dari Perumahan Batu Talam dilaporkan lemas dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku ketika mangsa mengendalikan jentera penyodok itu dalam kawasan kilang kelapa sawit berkenaan.

Menurutnya, semasa sedang melakukan pergerakan mengundur, jentera tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik dan terjunam ke dalam kolam berhampiran.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa tersepit dan lemas.

“Mangsa berjaya dikeluarkan namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya, lapor Sinar Harian.

Mohd Shahril berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raub untuk proses bedah siasat.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Raub ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung kejadian.

Menurutnya, anggota yang tiba mendapati jentera berat jenis Shovel telah terjunam ke dalam kolam buangan sisa sawit berkeluasan 30 X 50 kaki persegi dengan kedalaman kira-kira 4.5 meter.

“Semasa bomba tiba, mangsa telah dikeluarkan dari kolam oleh pekerja kilang.

“Pasukan bomba mula operasi dengan membuat pemeriksaan di lokasi untuk memastikan keadaan sekeliling selamat,” katanya.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar