Sindiket dadah guna WhatsApp dan kurier tumpas, rampasan cecah RM16.8 juta

KUCHING – Polis Sarawak menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya menumpaskan sindiket pengedaran pelbagai jenis dadah di sekitar Kuching dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM16.8 juta.

Kejayaan tersebut adalah menerusi dua operasi berasingan hasil risikan dan kerjasama strategik agensi penguat kuasa.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohmmad Zainal Abdullah, dalam kejayaan pertama pada 7 April 2026, JSJN Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak menyerbu sebuah homestay di Santubong dan menahan seorang lelaki serta seorang wanita tempatan berumur sekitar 41 dan 31 tahun.

Hasil serbuan menemukan pelbagai jenis dadah disyaki termasuk MDMA seberat 107,524 gram, ketamin (1,283 gram), pil Erimin 5 (180 gram), pil ekstasi (102 gram) dan syabu (28 gram).

Turut dirampas peralatan pembungkusan yang digunakan untuk aktiviti pengedaran. Nilai rampasan dianggarkan RM16,216,450 dan boleh digunakan oleh hampir 16,952 penagih.

Siasatan mendapati kedua-dua suspek berperanan membungkus dan mengedarkan dadah mengikut arahan sindiket melalui aplikasi WhatsApp dengan bayaran RM3,000 sebulan serta komisen RM5 bagi setiap paket. Sindiket menggunakan kediaman homestay sebagai lokasi pembungkusan dan aktif sejak awal April 2026.

Polis turut menyita sebuah kenderaan bernilai kira-kira RM15,000 serta wang tunai RM1,856 di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

Kedua-dua suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Kuching pada 20 April 2026 di bawah beberapa peruntukan Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kini ditahan di Penjara Puncak Borneo sementara menunggu sebutan semula kes pada 25 Mei 2026.

Dalam kejayaan kedua pada 19 April 2026, hasil kerjasama dengan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), JSJN IPK Sarawak menahan dua lelaki tempatan berumur 28 dan 38 tahun di sekitar Jalan Setia Raja, Kuching.

Pemeriksaan menemui 1,281 katrij vape disyaki mengandungi cecair ganja dengan berat keseluruhan 3,202.50 gram. Nilai rampasan dianggarkan RM576,450 dan boleh digunakan oleh 1,281 penagih dadah.

Kedua-dua suspek berperanan sebagai “runner” dan penghantar dadah dengan bayaran RM8,000 bagi setiap penghantaran. Modus operandi sindiket adalah mendapatkan bekalan dari Semenanjung Malaysia, menyimpan di premis homestay sebelum dihantar ke Sarawak melalui kurier untuk diedarkan.

Polis turut menyita sebuah kenderaan bernilai kira-kira RM12,000. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan jika sabit kesalahan.

Foto: Bilik Berita CATS

Related Posts

Sambutan Hari Gawai cerminkan perpaduan rakyat Sarawak

SARATOK – Sambutan Hari Gawai bukan sekadar acara tahunan bagi meraikan budaya dan warisan masyarakat Dayak, malah ia menjadi lambang perpaduan serta keharmonian rakyat pelbagai kaum di Sarawak. Ahli Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penunggang motosikal maut selepas terbabas masuk gaung

GERIK – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 10 meter di kawasan Puncak Gerik, Lebuhraya Timur-Barat (JRTB),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sambutan Hari Gawai cerminkan perpaduan rakyat Sarawak

Sambutan Hari Gawai cerminkan perpaduan rakyat Sarawak

Penunggang motosikal maut selepas terbabas masuk gaung

Penunggang motosikal maut selepas terbabas masuk gaung

PRN Johor tidak gugat Kerajaan Perpaduan, rakyat perlu terima realiti politik baharu

PRN Johor tidak gugat Kerajaan Perpaduan, rakyat perlu terima realiti politik baharu

Pemimpin PH Negeri Sembilan adakan pertemuan, dipercayai bagi bincang pembubaran DUN

Pemimpin PH Negeri Sembilan adakan pertemuan, dipercayai bagi bincang pembubaran DUN

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah