Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

PADANG BESAR – Polis Padang Besar melancarkan pasukan khas (task force) bagi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 dalam usaha memantau penyalahgunaan petrol dan diesel bersubsidi di kawasan sempadan.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, operasi itu dilaksanakan bermula 15 April lalu atas arahan Bukit Aman.

Menurut beliau, pemantauan melibatkan lapan stesen minyak di daerah tersebut selepas mengambil kira dua stesen tanpa subsidi serta sebuah stesen bersubsidi di Wang Kelian yang tidak beroperasi.

“Rondaan tidak tertumpu kepada satu stesen sahaja, sebaliknya melibatkan pemantauan menyeluruh ke semua stesen minyak di Padang Besar.

“Kita menggunakan elemen kereta peronda (MPV), trafik serta menubuhkan task force bagi memantau sebarang aktiviti penyalahgunaan bahan api bersubsidi di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Beliau berkata, rondaan berkala akan diteruskan sehingga menerima arahan lanjut daripada Bukit Aman.

“Task force ini turut menjalankan risikan termasuk mengesan kenderaan warga asing serta kenderaan yang diubah suai dengan tangki tambahan.

“Tindakan penguatkuasaan akan diambil sekiranya terdapat kesalahan termasuk kewujudan stor simpanan bahan api secara haram,” ujarnya.

Tambahnya, setakat ini operasi masih di peringkat awal dan pematuhan di semua stesen minyak adalah terkawal.

“Bagi lokasi ‘hotspot’, anggota ditempatkan secara statik mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Setakat ini, tiada sebarang tangkapan direkodkan sepanjang tempoh awal pelaksanaan operasi ini,” katanya.

Related Posts

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) bersedia memperkukuh pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi menerusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi menyokong pertumbuhan industri di Lembah Chuping, Perlis. Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

SANDAKAN – Hari Sukan Negara 2026 (HSN2026) menjadi platform penting dalam membudayakan gaya hidup sihat selain memperkukuh perpaduan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tajaan JPA 4,200 anak Sarawak perkasa akses pendidikan tinggi, bantu keluarga B40 – Ahmad Johnie

Tajaan JPA 4,200 anak Sarawak perkasa akses pendidikan tinggi, bantu keluarga B40 – Ahmad Johnie

Doktor kontrak ke jawatan tetap suntik semangat petugas kesihatan, FLYSiswa

Doktor kontrak ke jawatan tetap suntik semangat petugas kesihatan, FLYSiswa

United hanya mampu seri 1-1 lawan Tottenham

United hanya mampu seri 1-1 lawan Tottenham

Tangguh bayar PTPTN bantu stabil kewangan peminjam berpendapatan rendah – Adam Adli

Tangguh bayar PTPTN bantu stabil kewangan peminjam berpendapatan rendah – Adam Adli

PKR desak Nik Abduh tarik balik kenyataan, mohon maaf isu penghinaan al-Quran

PKR desak Nik Abduh tarik balik kenyataan, mohon maaf isu penghinaan al-Quran

Belum ada keputusan, rundingan kerjasama PH PRN Melaka masih berjalan

Belum ada keputusan, rundingan kerjasama PH PRN Melaka masih berjalan