Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Istana Negara.

Istiadat dimulakan dengan pelantikan dua Hakim Mahkamah Persekutuan, iaitu Datuk Ravinthran Paramaguru dan Datuk Azmi Ariffin.

Baginda kemudian berkenan menyampaikan surat cara pelantikan kepada enam Hakim Mahkamah Rayuan, terdiri daripada Datuk Amarjeet Singh Serjit Singh, Datuk Seri Mohd Radzi Harun, Datuk Aliza Sulaiman, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh, Dean Wayne Daly dan Datuk Seri Latifah Mohd Tahar.

Selain itu, enam lagi individu dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, iaitu Dr Suzana Muhamad Said, Yusrin Faidz Yusoff, Arziah Mohamed Apandi, Datuk Hazizah Kassim, Gan Techiong dan Suriyati Hasimah Mohd Hashim.

Istiadat berkenaan disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Turut hadir ialah Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh, dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Dalam istiadat berasingan, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap serta mengurniakan surat cara pelantikan kepada 17 Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Antara yang dilantik ialah Yang Dipertua MAINPP, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid; Timbalan Yang Dipertua, Datuk Ahmad Shaziy Ismail Bakti; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Zulkifli Long; serta Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Wan Nor Sakina Saad.

Selain itu, turut dilantik ialah Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Zairi Mat Ali; Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman; Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail; serta Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Munir Md Salleh.

Related Posts

Tiada pihak wajar dipinggirkan dalam pentadbiran negara, politik kebencian perlu ditolak

PUTRAJAYA – Malaysia harus terus berpaksikan prinsip masyarakat majmuk seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta menolak sebarang bentuk politik kebencian berasaskan kaum. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pentadbiran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jurutera arahan AI disasar di setiap NADI seluruh negara – Fahmi

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi mencadangkan satu inisiatif baharu bagi melahirkan sekurang-kurangnya seorang jurutera arahan kecerdasan buatan (AI) atau prompt engineer di setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH Sabah belum putuskan penggunaan logo pilihan raya

PH Sabah belum putuskan penggunaan logo pilihan raya

Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Poyan Jaya

Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Poyan Jaya

Jangan terpengaruh anasir luar, isu Kampung Gayan Sibugal sudah selesai

Jangan terpengaruh anasir luar, isu Kampung Gayan Sibugal sudah selesai

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak