Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

SANDAKAN – Kerjasama strategik termasuk persatuan masyarakat dan media dilihat mampu memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan masyarakat akar umbi di daerah ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, kolaborasi membabitkan Dewan Perniagaan Tionghoa Sandakan, Persatuan Masyarakat Tionghwa Bersekutu Sandakan serta dua media utama, Merdeka Daily News dan TV Sabah merupakan satu inisiatif yang amat baik.

Menurutnya, idea yang dicetuskan oleh Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Datuk Walter Kenson itu mampu menyelaras usaha serta memperkukuh jaringan kerjasama di peringkat komuniti.

“Persatuan-persatuan ini berperanan sebagai penghubung antara MPS dan masyarakat akar umbi, manakala media pula menjadi wadah terbaik dalam menyalurkan maklumat sahih serta mempromosikan peranan dan inisiatif MPS kepada umum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli MPS Dan Mendatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Bersama Rakan Strategik MPS sempena lawatan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, di Sabah Hotel, di sini, pada Selasa.

Dalam pada itu, Mohd Arifin turut menzahirkan keyakinan terhadap barisan ahli majlis MPS yang baharu dilantik serta sedia ada untuk terus menyumbang idea bernas demi pembangunan Sandakan.

“Saya yakin mereka mampu memainkan peranan penting dalam memajukan Sandakan serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau memuji beberapa inisiatif yang dilaksanakan MPS termasuk usaha memperkasakan golongan belia melalui peluang keusahawanan.

Katanya, pemberian kuota sebanyak 30 peratus kepada golongan muda bagi menjalankan perniagaan seperti penyediaan gerai merupakan langkah positif dalam merangsang ekonomi belia.

“Ini sangat baik untuk memangkin pembangunan anak muda dalam bidang ekonomi dan perniagaan,” katanya.

Selain itu, beliau turut menyokong usaha pendigitalan yang diperkenalkan MPS bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.

Menurutnya, pendekatan digital itu selaras dengan aspirasi kerajaan dalam mempercepatkan pelaksanaan dasar serta memudahkan urusan pentadbiran.

Dalam perkembangan sama, Mohd Arifin berkata, perancangan MPS untuk memperindahkan bandar melalui pemasangan pencahayaan juga dilihat berpotensi menarik lebih ramai pengunjung.

“Usaha ini mampu menjadikan Sandakan lebih semarak, khususnya ketika sambutan perayaan seperti Tahun Baharu Cina, Krismas dan Aidilfitri,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa pihak kementerian akan meneliti serta mempertimbangkan permohonan MPS termasuk isu mendesak seperti keperluan kerja-kerja pembersihan di kawasan tertentu.

Pada masa sama, beliau menekankan peranan presiden dan ahli majlis MPS dalam memantau keberkesanan pelaksanaan konsesi yang telah dipertanggungjawabkan kepada pihak berkaitan.

Mengulas mengenai insiden kebakaran yang berlaku baru-baru ini, Mohd Arifin berkata, kerajaan negeri telah mengambil langkah segera membantu mangsa terlibat.

Katanya, Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor telah mengumumkan bantuan kepada mangsa selain penyaluran sumbangan daripada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

“Kita amat bersimpati dengan nasib mangsa dan akan terus berusaha mencari jalan untuk membantu meringankan beban mereka,” katanya.

Related Posts

Sistem pengurusan hospital diperkemas atasi kesesakan, pendekkan masa menunggu

TAWAU – Sistem pengurusan hospital di negeri ini terus diperkemas bagi menangani isu kesesakan pesakit serta mengurangkan tempoh menunggu untuk mendapatkan rawatan, sekali gus meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

SHAH ALAM – Selangor akan melaksanakan penutupan sekolah, tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, selaras dengan ketetapan pihak berkuasa. Exco Kesihatan Awam dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar

Dakwaan Abdul Hadi AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan perlu dibongkar pihak berkuasa

Dakwaan Abdul Hadi AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan perlu dibongkar pihak berkuasa

Ibu bapa dibenar tidak hantar anak ke sekolah jika bimbang jerebu – Fadhlina

Ibu bapa dibenar tidak hantar anak ke sekolah jika bimbang jerebu – Fadhlina

Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia semak status penerbangan di Jakarta

Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia semak status penerbangan di Jakarta

PM Anwar mahu bakat STEM tidak sekadar dikenal pasti, perlu dibimbing

PM Anwar mahu bakat STEM tidak sekadar dikenal pasti, perlu dibimbing

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi