Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyusun semula strategi sektor pelancongan dengan memberi tumpuan kepada pasaran yang lebih berdaya tahan bagi memastikan kemasukan pelawat dan hasil negara kekal stabil susulan krisis bekalan global yang menjejaskan perjalanan udara dari Asia Barat.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, keputusan itu dipersetujui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) sebagai langkah memastikan industri pelancongan terus kukuh dalam ketidaktentuan ekonomi global.

Beliau berkata, keutamaan akan diberikan kepada pasaran ASEAN, Australia, India serta Asia Timur yang meliputi China, Jepun dan Korea.

“Dalam keadaan krisis bekalan global yang masih berlarutan, sektor pelancongan bukan sekadar soal menambah jumlah pelawat, tetapi penting untuk menjana pendapatan tukaran asing negara dan membantu mengimbangi tekanan luaran yang sedang kita hadapi,” katanya pada taklimat krisis bekalan global, hari ini.

Menurutnya, dalam tempoh sebulan sejak krisis berkenaan berlaku, sebanyak 288 penerbangan dari Asia Barat ke Malaysia dibatalkan membabitkan 88,438 tempat duduk.

Bagaimanapun, katanya, pasaran itu hanya menyumbang kurang satu peratus daripada keseluruhan ketibaan pelancong ke negara ini.

Dalam pada itu, Akmal Nasrullah berkata, Tourism Malaysia melaporkan ketibaan pelancong dari China pada 2025 mencecah 4.7 juta orang, meningkat 25.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, sehingga Februari 2026, terdapat kira-kira 871 penerbangan mingguan merangkumi 30 bandar di negara berkenaan dengan kapasiti 170,862 tempat duduk.

Tambahnya, pendekatan bagi meningkatkan kedatangan pelancong perlu menonjolkan kelebihan Malaysia sebagai destinasi yang stabil, mudah diakses dan memiliki sistem pengangkutan yang efisien.

Selain itu, Akmal Nasrullah berkata, bekalan tenaga domestik yang mencukupi turut menjadi faktor penting dalam memastikan kelancaran pengalaman pelancongan.

“Yang lebih penting, manfaat pelancongan tidak terhenti pada hotel dan syarikat penerbangan sahaja. Apabila pelancong datang dan berbelanja, kesannya akan turut dirasai oleh pengusaha inap desa, pemandu pelancong, pengangkutan tempatan, restoran, penjaja, peruncit, pengusaha kraftangan dan pelbagai perusahaan kecil lain.

“Inilah limpahan ekonomi yang penting untuk memastikan industri kecil terus hidup dan ekonomi setempat terus bergerak.

“Sebab itu, memperkukuh sektor pelancongan dalam waktu ini bukan sekadar soal promosi, tetapi soal memastikan lebih banyak perniagaan tempatan terus bertahan dan lebih ramai rakyat terus mempunyai sumber pendapatan,” katanya.

Beliau berkata, Kempen Melawat Malaysia 2026 dilanjutkan hingga 2027 bagi memberi ruang kepada pemulihan pasaran pelancongan antarabangsa.

Katanya, kempen itu menyasarkan 47 juta pelawat asing dengan anggaran hasil pelancongan sebanyak RM329 bilion.

Related Posts

Tiada pihak wajar dipinggirkan dalam pentadbiran negara, politik kebencian perlu ditolak

PUTRAJAYA – Malaysia harus terus berpaksikan prinsip masyarakat majmuk seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta menolak sebarang bentuk politik kebencian berasaskan kaum. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pentadbiran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jurutera arahan AI disasar di setiap NADI seluruh negara – Fahmi

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi mencadangkan satu inisiatif baharu bagi melahirkan sekurang-kurangnya seorang jurutera arahan kecerdasan buatan (AI) atau prompt engineer di setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak

Orang ramai diminta beli air ikut keperluan, elak pembelian panik

Orang ramai diminta beli air ikut keperluan, elak pembelian panik

Polis sahkan ‘kapal terbang tersadai’ di Sungai Kandis tidak benar

Polis sahkan ‘kapal terbang tersadai’ di Sungai Kandis tidak benar

Gangguan bekalan air di Miri bermula 10 Jun

Gangguan bekalan air di Miri bermula 10 Jun