Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

SANDAKAN – Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Sabah akan memastikan segala bentuk bantuan kepada mangsa kebakaran besar di Kampung (Kg) Bahagia, di sini, disalurkan dengan segera, ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud.

Mustapha berkata demikian menerusi satu hantaran di laman Facebook pada Ahad, susulan insiden kebakaran yang memusnahkan hampir 1,000 buah rumah dan menjejaskan ribuan penduduk dalam sekelip mata.

Menurutnya, tragedi berkenaan bukan sekadar kebakaran biasa, sebaliknya satu bencana kemanusiaan yang memberi kesan mendalam kepada mangsa terlibat.

“Bayangkan dalam satu malam, ada anak-anak kehilangan tempat berteduh, ibu bapa kehilangan segala harta benda dan keluarga yang kini hanya tinggal dengan pakaian di badan.

“Kesedihan ini bukan milik mereka sahaja, tetapi turut dirasai seluruh negara,” kongsinya.

Menurut Mustapha, di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab kementeriannya, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama agensi berkaitan telah digerakkan segera ke lokasi bagi membantu mangsa.

Katanya, antara bantuan yang diberikan termasuk proses pemindahan, pendaftaran mangsa serta penyediaan bantuan awal kepada mereka yang terjejas.

Dalam pada itu, beliau mengakui bantuan fizikal sahaja tidak mampu mengubati trauma dan kehilangan yang dialami mangsa.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Sabah, agar bersama-sama menghulurkan bantuan dan doa kepada semua mangsa terlibat.

“Dalam saat sebegini, kita tidak boleh biarkan mangsa menghadapi ujian ini sendirian.

“Kepada semua mangsa, anda tidak keseorangan. Insya-Allah, daripada abu ini kita akan bangkit semula,” ujarnya.

Related Posts

Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

LAHAD DATU – Seorang lelaki berumur 30-an maut dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Kampung Puyut, di sini, tengah hari Rabu. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

MIRI – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) digesa untuk melaksanakan jadual kerja pembersihan dan penyelenggaraan kolam takungan di sekitar kawasan Desa Senadin dan Tudan secara lebih kerap dan berkala. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mahfuz gesa MB Negeri Sembilan nilai semula kedudukan, pulihkan kepercayaan istana

Mahfuz gesa MB Negeri Sembilan nilai semula kedudukan, pulihkan kepercayaan istana

PH terbuka rundingan hadapi PRN Melaka

PH terbuka rundingan hadapi PRN Melaka

Kemelut Negeri Sembilan: MB, Exco tiada mandat pertikai kedudukan Tuanku Muhriz – PM

Kemelut Negeri Sembilan: MB, Exco tiada mandat pertikai kedudukan Tuanku Muhriz – PM

Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

  • By Fatin
  • September 23, 2026
Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

Geran interim RM1.5 bilion pemangkin pembangunan pedalaman Sarawak

Geran interim RM1.5 bilion pemangkin pembangunan pedalaman Sarawak