Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

MIRI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Miri menggesa pihak berkuasa memberikan penjelasan secara telus berhubung isu penamatan kontraktor bagi projek naik taraf Kolam Renang Awam Miri yang dilaporkan sejak beberapa hari lalu.

Ketua AMK Miri, Christopher Jemat Amie berkata, perkara itu wajar diberi perhatian serius kerana melibatkan kepentingan masyarakat setempat serta penggunaan dana kerajaan.

Menurut beliau, situasi tersebut menimbulkan persoalan terhadap tahap keberkesanan pemantauan dan pengurusan projek sejak peringkat awal, khususnya bagi projek kemudahan awam yang berkepentingan tinggi kepada rakyat.

“Pihak berkaitan perlu tampil dengan penjelasan komprehensif merangkumi status semasa projek, jumlah kos terkini termasuk implikasi kewangan susulan penamatan kontrak, serta pelan pelaksanaan baharu yang jelas dan realistik,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dalam masa sama, beliau menekankan kepentingan memperkukuh mekanisme pemantauan dan tadbir urus projek agar pelaksanaan dapat berjalan mengikut jadual serta mengelakkan kelewatan berulang.

Tambahnya, kemudahan seperti Kolam Renang Awam Miri bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat dari segi kesihatan dan rekreasi, malah berpotensi melahirkan atlet renang berbakat.

Sehubungan itu, AMK Miri menegaskan projek berkenaan perlu disiapkan dengan cekap, berkualiti tinggi dan dalam tempoh yang munasabah demi memastikan manfaatnya dapat dinikmati oleh rakyat.

AMK Miri turut menegaskan komitmen berterusan dalam memperjuangkan prinsip ketelusan, akauntabiliti dan kebertanggungjawaban dalam setiap aspek pelaksanaan projek.

Related Posts

WAK Sibu 2026 satukan komuniti menerusi keharmonian seni, budaya

SIBU – Kemeriahan seni dan budaya tempatan kembali mewarnai Sarawak apabila Festival WAK Sibu 2026 membuka tirainya secara rasmi di Pusat Warisan Sibu bermula 12 hingga 14 Jun ini.  Menampilkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ADUN Kabong gesa JBALB selesai segera kemelut air Kampung Gerigat

KABONG – Isu bekalan air yang sekian lama membelenggu penduduk Kampung Gerigat terus mendapat perhatian apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir meminta perkara tersebut diberi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

WAK Sibu 2026 satukan komuniti menerusi keharmonian seni, budaya

WAK Sibu 2026 satukan komuniti menerusi keharmonian seni, budaya

Amerika Syarikat benam Paraguay 4-1

Amerika Syarikat benam Paraguay 4-1

Zuckerberg akui Meta silap percaturan, janji tiada lagi pemberhentian besar-besaran tahun ini

Zuckerberg akui Meta silap percaturan, janji tiada lagi pemberhentian besar-besaran tahun ini

ADUN Kabong gesa JBALB selesai segera kemelut air Kampung Gerigat

ADUN Kabong gesa JBALB selesai segera kemelut air Kampung Gerigat

Genset menara telekomunikasi Bandar Letat dihenti selepas aduan penduduk

Genset menara telekomunikasi Bandar Letat dihenti selepas aduan penduduk

Perlu wujud mekanisme jelas, tegas atasi lambakan Rohingya

Perlu wujud mekanisme jelas, tegas atasi lambakan Rohingya