UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

MUKAH – Penganjuran UiTM Night Bazaar Siri 8 bertemakan ‘Riuh Raya Street Fiesta’ dilihat bukan sahaja menghidupkan suasana Aidilfitri, malah menjadi platform penting dalam membantu peniaga kecil menjana pendapatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, program yang berlangsung di kawasan parkir Takan Berambih, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah itu membuka peluang kepada usahawan kecil, khususnya golongan belia dan pelajar, untuk memasarkan produk mereka.

Menurutnya, inisiatif seperti ini wajar diteruskan kerana mampu merancakkan aktiviti ekonomi setempat di samping memberi ruang kepada peniaga baharu mencuba bidang keusahawanan.

“Program seperti ini bukan sahaja memeriahkan suasana sambutan perayaan, tetapi turut menyokong peniaga kecil meningkatkan pendapatan serta memperkenalkan produk mereka kepada komuniti,” katanya ketika ditemui media, malam tadi.

Beliau turut meluangkan masa mengunjungi gerai jualan serta menyempurnakan cabutan bertuah yang diadakan sempena program berkenaan.

UiTM Night Bazaar Siri 8 yang berlangsung selama tiga hari bermula dari 17 hingga 19 April 2026 itu menampilkan pelbagai gerai makanan tradisional dan minuman yang popular, pakaian raya serta aktiviti santai yang menarik kehadiran pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Program tersebut turut dilihat sebagai medan interaksi sosial dalam kalangan komuniti selain menghidupkan semangat kebersamaan menjelang sambutan Aidilfitri.

Related Posts

RSK, Ops Nafkah perkasa akses keadilan syariah untuk masyarakat, OKU

TAWAU – Program Rakan Sulh Komuniti (RSK) dan Ops Nafkah tampil sebagai jambatan mendekatkan institusi kehakiman Syariah dengan masyarakat termasuk golongan OKU agar mereka lebih memahami hak, tanggungjawab serta saluran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan rancak aktiviti ekonomi setempat

KUANTAN – Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) di sini memperkukuh jaringan pengangkutan dan menyokong pertumbuhan industri serta pelaburan di negeri ini. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014