PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

MUKAH – Program Pemerkasaan Usahawan Berjaya Program Pemasaran Digital (PROPUB) memberi pendedahan awal kepada belia di daerah ini mengenai asas keusahawanan dan penggunaan platform digital dalam perniagaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, program tersebut penting untuk membantu golongan muda memahami dunia perniagaan sebelum menceburinya secara serius.

Menurutnya, belia perlu didedahkan lebih awal dengan kemahiran praktikal agar mereka lebih bersedia menghadapi cabaran ekonomi masa kini.

“Program ini bukan sekadar teori, tetapi memberi peluang kepada peserta belajar secara praktikal bagaimana memulakan dan mengurus perniagaan,” katanya ketika ditemui media pada Jumaat. 

Program selama dua hari bermula 17 April itu disertai 51 peserta terdiri daripada belia dan usahawan muda sekitar Mukah.

Ia dianjurkan dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak Kampus Mukah, Politeknik Mukah serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Mukah.

Sepanjang program, peserta didedahkan kepada asas penting seperti cara membina pelan perniagaan, pengurusan organisasi, pendaftaran perniagaan serta peluang mendapatkan bantuan kewangan.

Selain itu, mereka turut diberi pendedahan mengenai penggunaan pemasaran digital bagi membantu mempromosikan produk dan perkhidmatan secara lebih meluas.

Related Posts

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

TENOM – Program kebun sekolah yang bertujuan memupuk kesedaran terhadap keterjaminan makanan serta keusahawanan pertanian dalam kalangan pelajar dijangka diperluaskan secara besar-besaran di seluruh Sabah bermula tahun hadapan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Kesyukuran Doa Akhir Tahun 1447 Hijrah dan Doa Awal Tahun Baharu Hijrah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Jangan manipulasi fakta!

Jangan manipulasi fakta!

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi