Kapal Malaysia antara terawal lepasi Selat Hormuz, harga minyak turut dipengaruhi kos insurans

KOTA BHARU – Kapal Malaysia menjadi antara yang terawal diberi kebenaran melalui Selat Hormuz apabila kapal tangki minyak mentah Ocean Thunder berjaya tiba dengan selamat di Terminal Pengerang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejayaan itu hasil rundingan awal dengan Presiden Iran yang membolehkan laluan diberikan kepada kapal Malaysia.

“Sekarang ini masih mencari penyelesaian di antara tekanan Amerika Syarikat untuk menguasai rantau itu, tekanan Iran yang mempertahankan hak mereka dan tuntutan Eropah yang dirunding malam tadi mengenai masa depan Selat Hormuz.

“Tetapi bersyukur kerana kita berhubung awal dengan Presiden Iran, membolehkan kapal kita terlepas.

“Masih ada kapal kita yang tersekat atau rosak, tetapi kita harap dapat diselesaikan. Masalah ini dihadapi semua,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Terminal Baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan peningkatan harga bahan api ketika ini turut dipengaruhi kenaikan kos insurans yang mencecah 150 peratus, selain kos pengangkutan yang lebih tinggi susulan risiko semasa.

“Ada orang tanya, kalau minyak dah terlepas dari Selat Hormuz, mengapa harganya mahal? Jawapan saya ini kerana harga insurans meningkat 150 peratus dan harga pengangkutan juga meningkat kerana risiko,” katanya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan