15 peratus terjejas harga diesel, kerajaan cari jalan ringankan beban rakyat – PM

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa peningkatan harga diesel hanya memberi kesan kepada sekitar 15 peratus rakyat di negara ini.

Beliau menjelaskan, sebahagian besar rakyat iaitu 85 peratus lagi masih menikmati bahan api berkenaan pada kadar subsidi dan tidak terdedah kepada harga pasaran.

“Orang bangkitkan harga minyak diesel yang tinggi, saya akui dan setuju ada yang terkesan dengan peningkatan harga diesel termasuk sektor pengangkutan.

“Namun, hanya 15 peratus rakyat yang terkesan dengan membeli harga pasaran, manakala 85 peratus lagi adalah membeli dengan harga subsidi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Terminal Baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Besar Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud.

Mengulas lanjut, beliau berkata, terdapat kekeliruan apabila ada pihak mengaitkan golongan nelayan sebagai antara yang terkesan, sedangkan mereka masih memperoleh diesel pada harga bersubsidi.

“Jadi jangan beri contoh seperti itu. Apakah kita perlu langkah untuk meringankan beban rakyat? Ya, kita ada rundingan setiap hari untuk mencari jalan meredakan beban rakyat,” katanya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan