ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sehubungan itu beliau berharap cadangan 70 peratus pengangkutan kargo dan hanya 30 peratus penumpang dilihat semula supaya lebih memberi manfaat kepada pengguna.

Katanya, keadaan itu menimbulkan persoalan sama ada perkhidmatan tersebut benar-benar mampu menjadi alternatif kepada pengguna jalan raya, khususnya rakyat Pahang yang berdepan kesesakan teruk di laluan utama ke Lembah Klang.

“Dengan komposisi ECRL seperti diumumkan sebelum ini – 70 peratus kargo dan 30 peratus penumpang – saya lihat ia tidak banyak membantu mengurangkan kesesakan di Lebuh raya Kuala Lumpur-Karak.

“Malah kapasiti penumpang bagi setiap perjalanan juga dianggarkan hanya sekitar 400 orang dan jumlah itu melibatkan penumpang dari Kelantan, Terengganu serta Pahang,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan penutupan Malaysia East Coast Trade and Entrepreneur Expo 2026, di sini, hari ini.

Wan Rosdy menjelaskan, antara kebimbangan utama kerajaan negeri adalah kemungkinan rakyat Pahang sukar mendapatkan tiket kerana laluan tren bermula dari Kota Bharu, Kelantan sebelum melalui Terengganu.

“Apabila tren bermula dari Kelantan, sudah tentu permintaan tinggi di sana, diikuti Terengganu.

“Dan (bila) sampai ke Pahang, kita bimbang rakyat negeri ini tidak mendapat tempat. Sebab itu saya suarakan perkara ini lebih awal sebelum rakyat bersuara dan saya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak berkaitan bagi memastikan keperluan rakyat Pahang diambil kira,” tambahnya.

Sementara itu, mengulas mengenai Malaysia East Coast Trade and Entrepreneur Expo 2026, beliau berkata, program berkenaan berjaya menghimpunkan ratusan usahawan daripada pelbagai sektor.

Katanya, penganjuran expo dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah itu menjadi platform kepada usahawan tempatan memperluas jaringan perniagaan serta mengenal pasti peluang baharu.

Related Posts

Kenaikan gaji minimum perlu seiring kos sara hidup, kemampuan majikan

PUTRAJAYA – Belanjawan 2027 harus dijadikan peluang kepada kerajaan Persekutuan beralih arah daripada pendekatan yang hanya menetapkan gaji minimum, kepada strategi lebih menyeluruh merangkumi gaji minimum, gaji progresif, gaji kehidupan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki cedera ditumbuk ketika operasi penguatkuasaan di Lubuk Tambangan

BERA – Seorang lelaki cedera dipercayai ditumbuk individu tidak dikenali ketika operasi penguatkuasaan di kawasan Hutan Simpan Kekal Ramsar, dekat Tasik Bera, semalam. Kejadian kira-kira jam 1.20 tengah hari di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kenaikan gaji minimum perlu seiring kos sara hidup, kemampuan majikan

Kenaikan gaji minimum perlu seiring kos sara hidup, kemampuan majikan

Lelaki cedera ditumbuk ketika operasi penguatkuasaan di Lubuk Tambangan

Lelaki cedera ditumbuk ketika operasi penguatkuasaan di Lubuk Tambangan

PRN Melaka 14 November, penamaan calon 31 Oktober

PRN Melaka 14 November, penamaan calon 31 Oktober

Kerajaan kekal dengan SST, hanya serap elemen baik GST

Kerajaan kekal dengan SST, hanya serap elemen baik GST

Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026

UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026