Malaysia-Australia bincang krisis tenaga global, MoU dijangka dimeterai

PUTRAJAYA – Isu krisis tenaga global dijangka menjadi fokus utama dalam pertemuan antara Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dan rakan sejawatnya dari Australia, Anthony Albanese, yang dijadual berlangsung esok.

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil berkata, lawatan rasmi itu turut bertujuan memperkukuh hubungan dua hala selain membuka ruang kepada pemeteraian beberapa perjanjian persefahaman antara kedua-dua negara.

“Perbincangan antara kedua-dua pemimpin Malaysia dan Australia antara lain akan berkisar berhubung krisis tenaga global yang dihadapi seluruh dunia pada ketika ini.

“Butiran lanjut akan diketahui sejurus selepas pertemuan yang akan diadakan esok,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Fahmi berkata, sekurang-kurangnya dua Memorandum Persefahaman (MoU) dijangka dimeterai, namun perinciannya belum dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

Jelasnya, butiran lanjut mengenai MoU berkenaan akan diumumkan selepas pertemuan rasmi kedua-dua pemimpin berlangsung.

Sebelum ini, Anthony Albanese dilaporkan akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia hingga Jumaat sebagai sebahagian usaha memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua negara.

Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan Malaysia terus mempergiat kerjasama dengan Australia bagi memastikan akses berterusan kepada sumber tenaga kritikal, khususnya gas asli cecair (LNG), dalam menghadapi ketidaktentuan global termasuk konflik di Asia Barat serta gangguan penghantaran melalui Selat Hormuz.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu