Dua kapal bahan api dalam perjalanan, lima masih di Selat Hormuz

PUTRAJAYA – Dua kapal Malaysia yang membawa bahan api dan sebelum ini terkandas di Selat Hormuz kini dalam perjalanan pulang ke negara ini, dengan satu daripadanya dijangka tiba pada 17 April, manakala sebuah lagi minggu hadapan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pada masa sama terdapat lima lagi kapal Malaysia yang masih berada di perairan berkenaan susulan konflik yang menjejaskan laluan strategik itu.

“Pada waktu ini dimaklumkan terdapat dua kapal sedang dalam perjalanan.

“Satu dijangka tiba pada 17 April, manakala satu lagi mungkin minggu yang berikutnya. Terdapat lima kapal yang masih lagi berada di Selat Hormuz,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan enam daripada tujuh kapal Malaysia yang dijadual membawa bekalan minyak mentah ke negara ini telah mendapat kelulusan untuk belayar melepasi Selat Hormuz.

Beliau dilaporkan berkata, sebuah lagi kapal telah berjaya keluar membawa bahan api, sekali gus memastikan bekalan minyak bagi April dan Mei kekal terkawal.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi berkata, Jemaah Menteri turut meneliti penggunaan biodiesel termasuk cadangan meningkatkan kadar adunan bahan api itu.

Katanya, Kabinet bersetuju untuk menaikkan kadar adunan biodiesel daripada B10 kepada B15 secara berperingkat, bermula dengan B12 tanpa melibatkan kos tambahan kepada kerajaan serta memanfaatkan kemudahan pengadunan sedia ada.

Langkah itu, menurut laporan media, dipersetujui melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) sebagai usaha mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil import serta pasaran luar.

Related Posts

‘InsyaAllah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

‘InsyaAllah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

‘InsyaAllah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Adalah satu perkara pelik saya tak boleh tegur isu ‘sakau’ – PMX

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas

Malaysia sedang menuju sasaran 12 ekonomi paling berdaya saing dunia

Malaysia sedang menuju sasaran 12 ekonomi paling berdaya saing dunia