Krisis tenaga global: Kepelbagaian pasaran global tingkat daya tahan ekonomi – Pakar

KEPELBAGAIAN pasaran perdagangan serta jaringan hubungan ekonomi antarabangsa yang luas menjadi antara faktor yang meningkatkan daya tahan ekonomi Malaysia dalam menghadapi ketidaktentuan krisis global.

Pengarah Program MBA Putra Business School (PBS), Prof Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, Malaysia mempunyai beberapa kelebihan yang membolehkan negara berdepan cabaran ekonomi global dengan lebih baik.

Ahmed Razman berkata, antara faktor utama ialah kedudukan strategik negara selain hubungan perdagangan yang baik antara pengeksport tempatan dan rakan dagang di pelbagai negara.

“Selain itu, Malaysia juga mempunyai kelebihan dari segi jaringan kerjasama ekonomi yang luas di peringkat antarabangsa,” katanya kepada The Malaysia Press.

Terdahulu, media melaporkan, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin berkata, Malaysia yang strategik dalam rantaian pembuatan global serta hubungan diplomatik yang erat dengan pemain industri antarabangsa membantu negara menangani impak krisis tenaga global dengan lebih berkesan.

Raja Nurshirwan berkata, situasi itu turut membuka peluang kepada Malaysia untuk mendapatkan sumber tenaga alternatif sekiranya keadaan memerlukan.

Katanya lagi, mengambil contoh, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang mempunyai operasi di pelbagai negara mampu memanfaatkan rangkaian global serta hubungan baik dengan pemain industri antarabangsa bagi memastikan bekalan tenaga negara terus terjamin.

Mengulas lanjut, Ahmed Razman berkata, satu lagi faktor yang menyumbang kepada daya tahan ekonomi negara ialah peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN sebelum ini.

Beliau berkata, ketika tempoh berkenaan, pelbagai perjanjian perdagangan berjaya dimeterai bukan sahaja dalam kalangan negara ASEAN, malah turut melibatkan blok ekonomi lain seperti Majlis Kerjasama Teluk (GCC) serta China.

“Pada masa sama, Malaysia juga menjalinkan kerjasama dengan blok ekonomi BRICS yang membuka peluang kepada negara untuk meneroka potensi pasaran yang lebih luas,” katanya.

Tambahnya, kerjasama pelbagai hala itu membolehkan Malaysia mengurangkan kebergantungan kepada pasaran tertentu serta meningkatkan keupayaan negara menghadapi kejutan ekonomi global.

Menurutnya, situasi itu berbeza dengan beberapa negara yang terkesan apabila berlaku krisis di Timur Tengah akibat kebergantungan tinggi terhadap bekalan minyak dari rantau berkenaan.

“Antara negara yang terjejas ialah Thailand, Bangladesh, India dan South Korea kerana sebahagian besar bekalan minyak mereka datang dari kawasan itu,” katanya.

Sehubungan itu, Ahmed Razman berkata, negara yang mempunyai pasaran lebih luas serta hubungan perdagangan rasmi dengan banyak rakan dagang akan mempunyai lebih banyak pilihan dan tidak terlalu bergantung kepada pasaran tertentu.

“Malaysia juga mengamalkan pendekatan politik yang sederhana serta terbuka, sekali gus membolehkan negara menjalin hubungan perdagangan dengan pelbagai pihak.

“Pada masa sama, sistem pasaran terbuka yang diamalkan negara turut membantu memperluaskan potensi dalam pasaran global,” katanya.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan terus melaksanakan tindakan terhadap isu anjing liar yang boleh mengancam keselamatan awam, namun penguatkuasaannya mesti dilakukan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak bersifat kejam. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang