Leeds tewaskan United 2-1

LEEDS United mencatat kemenangan penting 2-1 ke atas seteru tradisi Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris, dengan Noah Okafor muncul wira apabila meledak dua gol di Old Trafford.

Kemenangan itu menyaksikan Leeds meninggalkan zon penyingkiran, manakala Manchester United kekal di tangga ketiga liga dengan 55 mata.

Okafor membuka jaringan di awal permainan sebelum menambah gol kedua pada minit ke-29 hasil rembatan yang terkena pemain lawan, sekali gus meletakkan pelawat selesa mendahului 2-0.

United yang kembali beraksi selepas rehat antarabangsa dilihat bergelut menyesuaikan diri apabila kerap kehilangan bola di kawasan sendiri akibat tekanan tinggi Leeds.

Situasi semakin sukar buat tuan rumah apabila pertahanan Lisandro Martinez dilayangkan kad merah pada minit ke-56 selepas didapati menarik rambut penyerang lawan, Dominic Calvert-Lewin, hasil semakan VAR.

Walaupun beraksi dengan 10 pemain, United berjaya merapatkan jurang menerusi jaringan Casemiro pada minit ke-69, namun gagal mencari gol penyamaan walaupun melancarkan asakan bertali arus di penghujung permainan.

Related Posts

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

JAGUH powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan pingat pertama iaitu gangsa buat Malaysia pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 selepas meraih gangsa dalam acara powerlifting di SEC Armadillo, Glasgow, malam tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

DATUK Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada petarung muay thai negara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib atau lebih dikenali sebagai Aliff Rakib atas kejayaan melakar sejarah sebagai rakyat Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama