Wali Band teruja lagu masih ‘hidup’ dalam kalangan Gen Z

KOTA KINABALU – Kumpulan popular Indonesia, Wali Band tidak menyangka lagu-lagu mereka masih mendapat tempat di hati peminat-peminatnya di negeri ini apabila lebih 3,000 peminat mereka membanjiri Sabah International Convention Centre (SICC) pada Ahad.

Menurut vokalisnya, Farhan Zainal Muttaqin atau Faank, 48, mereka terkejut apabila ramai dalam kalangan generasi muda turut menyanyi bersama-sama sepanjang konsert berlangsung.

“Kami tidak menyangka akan segini crowdnya. Itu luar biasa, di luar ekspektasi kami. Energi Kinabalu, MasyaAllah… serasa seperti di Indonesia.

“Ada yang bilang begini… dulu hafal lagunya, sekarang tahu maknanya.

“Dulu hafal lagu ‘Cari Jodoh’, sekarang baru faham maksudnya.

“Mungkin kerana orang tuanya dulu dengar lagu Wali, kemudian anak-anak pun ikut dengar.

“Jadi bila sudah besar, mereka masih kenal Wali,” ujarnya kepada media selepas usai mengadakan persembahan selama hampir dua jam itu.

Membawakan 15 buah lagu popular mereka, Fannk berkata, platform media sosial seperti TikTok turut membantu memperkenalkan semula lagu-lagu lama kumpulan itu kepada generasi baharu.

Kumpulan yang berusia 27 tahun itu turut mengakui terharu melihat semua penonton tanpa mengira latar belakang turut menyanyikan lagu-lagu mereka.

“Mau agama apa pun, kita berkumpul di sini.

“Musik itu universal, tidak dikotak-kotakkan,” katanya.

Konsert di Kota Kinabalu itu juga menjadi detik bermakna buat Wali selepas perancangan mereka untuk datang ke Sabah sebelum ini tertangguh akibat pandemik COVID-19.

“Kami memang sudah merancang untuk datang sebelum ini, tapi tertunda kerana COVID.

“Alhamdulillah akhirnya sampai juga ke Sabah,” kongsinya.

Antara lagu-lagu yang didendangkan pada konsert ialah Cari Berkah, Si Udin Bertanya, Nenekku Pahlawan, Emang Dasar, Kekasih Halal, Abatasa, Ada Gajah di Balik Batu, Doaku Untukmu Sayang, Baik-Baik Sayang, Harga Diri, Dik, Tobat Maksiat, Yank, Aku Bukan Bang Toyib dan Cari Jodoh.

Sepanjang berada di Sabah selama lima hari, kumpulan itu turut meluangkan masa menikmati keindahan alam semula jadi negeri itu dan berharap dapat membawa pulang energi peminat di Kota Kinabalu untuk menghasilkan karya lebih bermakna.

“Energi dari Kinabalu ini kami mahu bawa pulang ke Indonesia untuk buat sesuatu yang luar biasa,” katanya.

Wali Band dianggotai oleh Faank sebagai vokalis; pemain keyboard, Ovie; pemain dram, Tommy dan pemain gitar, Apoy.

Pada Januri lepas, Wali Band terpalit dengan isu dalam Konsert Pentas RadjaWali Live in Malaysia di Idea Live Arena Damansara apabila penganjur terpaksa memberhentikan persembahan Wali Band tepat pukul 12 tengah malam berikutan kekangan masa.

Turut mengadakan persembahan pembukaan adalah Elica Paujin dan Azlan & The Typewriter, masing-masing membawakan dua buah lagu terkenal mereka.

Harga tiket konsert berkenaan bermula RM98 hingga RM688 seorang.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat