Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

SANDAKAN – Kerajaan memberi penekanan terhadap kepentingan sinergi antara agensi Persekutuan, negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan setiap dasar dan inisiatif berkaitan tenaga kerja dapat dilaksanakan secara berkesan di peringkat akar umbi.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, kerjasama erat antara agensi seperti Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan PBT termasuk Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) amat penting dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar kerajaan.

“Program Konvensyen Perburuhan Jelajah yang dianjurkan JTK Sabah dengan kerjasama KESUMA ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada seluruh ekosistem tenaga kerja selain mengenal pasti ruang penambahbaikan.

“Jelajah ini bermula dari Kota Kinabalu, kemudian ke Keningau, Lahad Datu, Tawau sebelum berakhir di Sandakan sebagai penutup.

“Antara fokus utama program ini adalah memberikan pendidikan kepada semua pihak berkepentingan, mengenal pasti isu yang perlu ditambah baik serta memperkukuh sinergi antara agensi kerajaan,” ujarnya selepas merasmikan penutup Konvensyen Revolusi Perburuhan JTK Sabah 2026 di Sandakan, di Dewan Masyarakat Sandakan, di sini, pada Sabtu.

Tambahnya, peranan PBT sebagai agensi pelaksana di peringkat daerah amat kritikal kerana tanpa kerjasama dan kesefahaman, segala perancangan kerajaan tidak akan dapat dirasai rakyat.

Dalam pada itu, beliau turut mendedahkan bahawa kadar pengangguran di Sabah kini berada pada tahap membimbangkan iaitu hampir 10 peratus, sekali gus memerlukan tindakan segera daripada semua pihak.

“Hasil daripada bengkel yang diadakan beberapa bulan lalu bersama pelbagai agensi termasuk PERKESO, HRD Corp dan JTK Sabah, satu inisiatif baharu akan dilaksanakan melalui penubuhan Sabah Talent Development Centre (STDC).

“Penubuhan STDC ini bukan sahaja bertujuan membuka lebih banyak peluang pekerjaan, tetapi juga melahirkan tenaga kerja berkemahiran yang memenuhi kehendak industri.

“Ia juga akan menumpukan kepada konsep ‘reskilling’ dan ‘upskilling’ supaya tenaga kerja Sabah mampu bersaing dan diterima di seluruh negara,” katanya.

Tambahnya lagi, pusat tersebut dijangka dilancarkan tahun ini, seawal Julai, oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Dari segi perancangan, tenaga kerja dan peruntukan, semuanya sudah tersedia.

“Cuma beberapa perkara kecil sedang diperhalusi bagi memastikan pelaksanaan kali ini benar-benar memberi impak kepada rakyat, khususnya generasi muda di Sabah,” ujarnya.

Khairul Firdaus berkata, penglibatan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan negeri dan institusi akademik dalam bengkel terdahulu turut memberikan dapatan yang membuka mata semua pihak terhadap cabaran sebenar pasaran buruh di negeri ini.

Related Posts

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan bagi isu kelewatan pengagihan bekalan baja sebatian tambahan (Baja 3) kepada pesawah di Kedah. SPRM Kedah menerima aduan daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

GERIK – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam peserta ekspedisi pendakian Trans GBB (Gunung Gerah, Bilah dan Bieh) yang dilaporkan hilang diperluaskan hari ini dengan menggerakkan aset darat, air dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?

Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?

SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

SAR enam pendaki hilang diperluas, aset darat, air dan udara digerakkan

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar

Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar