Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

KUANTAN – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang Datuk Ahmad Farhan Fauzi diamanahkan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menawan kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, amanah tersebut adalah tanggungjawab besar dan disifatkan sebagai cabaran untuk memastikan kemenangan semula parti itu di kerusi berkenaan.

“Kita perlu sedar tanggungjawab ini perlu dipikul bersama, tanpa kerjasama semua anggota cabang amat mustahil untuk kita melangkah ke hadapan,” katanya, seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Indera Mahkota, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua Cabang PKR Indera Mahkota memaklumkan jumlah anggota cabang PKR di kawasan itu kini sebanyak 6,666 orang dengan pertambahan 1,962 anggota baharu, dan menyasarkan keahlian meningkat kepada 10,000 orang sebelum kongres parti bermula.

Ahmad Farhan berkata, PKR sebelum ini tewas di kerusi Parlimen Indera Mahkota dengan majoriti 8,399 undi, namun berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu dengan majoriti 1,804 undi.

Beliau yakin kerusi Parlimen itu mampu dirampas semula berdasarkan rekod kemenangan PKR di kawasan berkenaan pada tahun 2008, 2013 dan 2018 sekali gus membantu parti kekal menerajui kerajaan.

Ahmad Farhan turut memberi amaran kepada pihak yang cuba memburukkan imej parti termasuk dalam kalangan ahli sendiri, kerana tindakan sedemikian boleh melemahkan kekuatan parti.

“Menyerang Presiden PKR adalah seperti menyerang kita semua, dan kita akan menentang sebarang usaha yang boleh memecahbelahkan parti,” katanya.

Related Posts

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

JOHOR BAHRU – Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching menyifatkan keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

SKUDAI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim mengumumkan keputusan untuk tidak lagi bertanding dalam pilihan raya akan datang sekali gus mengundurkan diri daripada arena politik selepas hampir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri