Polis Sandakan rampas syabu lebih 100 gram

SANDAKAN – Polis berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 106.21 gram dalam satu operasi khas di Kampung Pulau Shanghai, di sini, pada 8 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP George Abd Rakman berkata, serbuan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) IPD Sandakan itu turut membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

“Dalam serbuan tersebut, polis menemukan bahan disyaki methamphetamine atau syabu dengan berat keseluruhan 106.21 gram.

“Operasi bermula sekitar pukul 9 pagi hingga 3 petang itu dilaksanakan hasil maklumat awam serta risikan pihak polis.

“Kejayaan operasi ini mencerminkan komitmen berterusan pihak Polis dalam membanteras kegiatan pengedaran dadah di daerah ini,” ujarnya dalam kenyataan, pada Khamis.

Tambah George, suspek kemudiannya dibawa ke pejabat BSJND untuk tindakan lanjut termasuk ujian saringan awal air kencing.

“Hasil ujian mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan dia ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kes turut disiasat di bawah Seksyen 39B akta sama yang membawa hukuman berat jika disabitkan kesalahan,” kongsinya

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan