Gimme Immanue pilih jadi pemandu e-hailing demi sara keluarga, faktor kesihatan

MIRI – Faktor kesihatan dan komitmen terhadap keluarga mendorong seorang pemandu e-hailing di sini memilih untuk beroperasi hanya melalui platform yang sah serta berdaftar.

Gimme Immanuel Billy yang juga bapa kepada dua cahaya mata berkata, langkah tersebut penting bagi memastikan perlindungan kesihatan dan kestabilan kewangan buat keluarganya terjamin.

Menurutnya, keputusan menyertai syarikat e-hailing iaitu Maxim dibuat selepas beliau menjalani pembedahan membuang pundi hempedu, yang mengehadkan kemampuannya melakukan kerja fizikal berat atas nasihat doktor.

“Sebagai pencari nafkah utama, saya perlukan pekerjaan yang fleksibel dan pada masa sama, menawarkan perlindungan yang sewajarnya.

“Bekerja dengan syarikat yang mematuhi undang-undang memberi jaminan dari segi perlindungan insurans, pendapatan yang lebih stabil serta jaringan keselamatan. Ini membolehkan saya terus bekerja tanpa mempertaruhkan masa depan keluarga,” katanya.

Jelas Gimme, fleksibiliti jadual kerja yang ditawarkan membolehkannya menyesuaikan waktu bertugas mengikut tahap kesihatan hariannya.

“Pada hari saya berasa kurang sihat, saya akan kurangkan jumlah perjalanan. Jika keadaan fizikal lebih baik, saya akan bekerja lebih lama.

“Pendekatan ini memberi ketenangan fikiran dan membantu saya mengekalkan keseimbangan antara kesihatan serta tanggungjawab,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan individu yang berminat menyertai industri pengangkutan awam atau e-hailing supaya berdaftar dengan platform yang beroperasi secara sah.

Tegasnya, biarpun proses dokumentasi mungkin lebih teliti pada peringkat awal, langkah berkenaan amat penting bagi menjamin keselamatan dan perlindungan untuk jangka masa panjang.

Perkhidmatan e-hailing yang mematuhi peraturan kini dilihat bukan sahaja sebagai sumber pendapatan, malah ruang terbaik untuk pemandu mencari rezeki dalam persekitaran yang lebih selamat dan terkawal.

Related Posts

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

PADANG BESAR – Sekali pandang seperti tayar ganti biasa, namun di sebaliknya tersembunyi tangki minyak yang diubah suai dipercayai digunakan untuk menyeludup bahan api bersubsidi ke negara jiran. Helah itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

KOTA SAMARAHAN – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menzahirkan rasa berpuas hati dengan kualiti penyiapan projek INTAN Leadership Development Park (I-LEAD) di Institut Tadbiran Awam Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PSG angkat Piala Super, tewaskan Villa

PSG angkat Piala Super, tewaskan Villa

Pelaburan TH: Mengapa risiko berkaitan Jho Low tidak dihalang?

Pelaburan TH: Mengapa risiko berkaitan Jho Low tidak dihalang?

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan