FAMA perkasa Jualan Agro MADANI demi tangani krisis tenaga global

PUTRAJAYA – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melaksanakan Pelan Intervensi Pembekalan dan Pemasaran Hasil Pertanian secara besar-besaran di seluruh negara sebagai usaha meredakan tekanan kos sara hidup susulan krisis tenaga global.

FAMA menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil langkah agresif dengan memperkasakan Jualan Agro Madani (JAM) dengan tagline baharu “Jimat Dapur Rakyat”.

Menurutnya, insiatif tersebut sekali gus memberi isyarat jelas agenda penjimatan rakyat kini menjadi keutamaan utama kerajaan persekutuan.

“Sebanyak 2,399 sesi jualan akan dilaksanakan bermula April hingga September 2026 di pelbagai lokasi strategik termasuk Agrobazaar FAMA, Pusat Operasi FAMA serta premis seliaan agensi tersebut di seluruh negara.

“Pelaksanaan ini akan dijalankan secara berfasa, di mana Fasa 1 (April-Mei) melibatkan 872 sesi, manakala Fasa 2 (Jun-September) akan dipertingkatkan kepada 1,527 sesi,” katanya, pada Rabu.

Mengulas lanjut, FAMA memaklumkan, menerusi inisiatif Jualan Kombo Madani serta pelbagai jualan promosi, kumpulan sasar dijangka menikmati potongan harga antara 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran tempatan.

Agensi kerajaan itu berkata, langkah itu selari dengan usaha Kerajaan MADANI dalam memastikan kestabilan rantaian bekalan makanan serta akses barangan asas kepada rakyat pada harga rendah di seluruh negara.

“Pada masa sama, pelan intervensi ini selari dengan komitmen Kerajaan Madani  untuk memastikan kestabilan rantaian bekalan makanan negara terus terjamin.

“FAMA akan terus memainkan peranan sebagai pemudah cara dengan memperkukuh kerjasama bersama pengeluar, pemborong dan peruncit bagi memastikan bekalan makanan mencukupi serta mudah diakses rakyat.

“Usaha bersepadu ini juga menjadi sebahagian strategi jangka panjang untuk membina sistem makanan negara yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi sebarang krisis global pada masa hadapan,” katanya.

Related Posts

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

KUALA LUMPUR – Urusan permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 boleh dilakukan secara dalam talian. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

KOTA KINABALU – Minggu Suai Mesra (MSM) dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi Program Asasi Teknologi Maklumat serta Asasi Sains Sosial di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dilaksanakan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi