KPDN perjelas pelarasan harga LPG tidak libatkan gas domestik bersubsidi

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menjelaskan bahawa mesej yang tular berkaitan pelarasan harga gas petroleum cecair (LPG) di Negeri Sembilan tidak melibatkan silinder gas domestik bersubsidi.

Dalam satu kenyataan di Facebook, KPDN memaklumkan bahawa pelarasan harga tersebut hanya melibatkan silinder gas komersial.

“Bagaimanapun, satu tindakan segera telah diambil bagi memanggil pihak syarikat berkenaan untuk mendapatkan penjelasan bersandarkan perundangan Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) serta Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723),” katanya.

Menurut kementerian itu, sebarang pelarasan harga bagi barangan kawalan seperti LPG perlu mendapat rujukan dan kelulusan daripada KPDN terlebih dahulu.

Sebelum ini, tular satu notis daripada sebuah syarikat yang memaklumkan kenaikan harga LPG bagi silinder C14C (14 kilogram komersial) sebanyak RM14 setiap tong dan silinder C50 (50 kilogram) sebanyak RM50 setiap tong.

Orang ramai disaran supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan digalakkan membuat aduan melalui saluran rasmi KPDN, termasuk WhatsApp di talian 019-848 8000, portal e-Aduan KPDN, pusat panggilan 1-800-886-800 serta aplikasi Ez ADU KPDN.

Related Posts

Tular tambang ECRL 2027, MRL tegaskan kadar belum dimuktamadkan

KUALA LUMPUR – Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) memaklumkan kadar tambang perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) masih belum dimuktamadkan dan sebarang maklumat yang tular kini adalah tidak tepat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

KOTA KINABALU – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Jumaat ini, 11 September. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

Bantuan RM400 bukan penyelesaian mutlak masalah pekebun kecil – Anwar

Bantuan RM400 bukan penyelesaian mutlak masalah pekebun kecil – Anwar

Kerja mengisar ikan bertukar tragedi, jari lelaki tersepit mesin

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Kerja mengisar ikan bertukar tragedi, jari lelaki tersepit mesin

Tular tambang ECRL 2027, MRL tegaskan kadar belum dimuktamadkan

Tular tambang ECRL 2027, MRL tegaskan kadar belum dimuktamadkan

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat