89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 39 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 32 109 101 110 121 97 109 112 97 105 107 97 110 32 85 99 97 112 116 97 109 97 32 100 105 32 75 117 97 108 97 32 76 117 109 112 117 114 226 128 147 65 110 107 97 114 97 32 68 105 97 108 111 103 117 101 32 50 48 50 54 32 97 110 106 117 114 97 110 32 73 110 115 116 105 116 117 116 32 75 97 106 105 97 110 32 83 116 114 97 116 101 103 105 107 32 100 97 110 3
KUALA LUMPUR – Pendekatan diplomasi yang berteraskan hubungan kepercayaan dengan negara Asia Barat membantu Malaysia menangani isu beberapa kapal komersial negara yang terkandas di Selat Hormuz.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hubungan baik itu membolehkannya berhubung secara langsung dengan pemimpin Iran bagi membincangkan isu berkenaan, selain menyampaikan kebimbangan beberapa negara Teluk yang terkesan akibat konflik di Asia Barat.
Beliau berkata, selepas beberapa kapal komersial milik Malaysia dilaporkan terkandas di Selat Hormuz berikutan tindakan Iran menyekat pergerakan di laluan itu sebagai tindak balas terhadap serangan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel, beliau segera menghubungi Presiden Iran, Masoud Pezeshkian bagi mendapatkan penjelasan.
“Dalam perbualan saya dengan Presiden Iran, saya memaklumkan beberapa kapal utama kita tersekat dan ini akan menimbulkan kesukaran. Beliau (Masoud) segera memberi arahan supaya perkara itu ditangani dan jaminan tindakan akan diambil segera.
“Sekali lagi, ini hanya boleh berlaku dengan tahap kepercayaan seperti ini, namun bagaimana untuk menyelesaikan perkara ini… sudah tentu ini perlu diputuskan oleh komuniti antarabangsa.
“Bagaimanapun, saya juga memahami pendirian Iran dan sebab itu kita tidak menyokong sepenuhnya gesaan untuk membuka laluan tanpa mengambil kira isu di Asia Barat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi perbincangan bersama Perdana Menteri pada Dialog Kuala Lumpur–Ankara 2026 di sini, hari ini.
Terdahulu, Kementerian Luar mengesahkan sebuah daripada tujuh kapal komersial milik Malaysia yang sebelum ini terkandas di Selat Hormuz susulan perkembangan semasa di Asia Barat sudah diberikan laluan selamat dan kini dalam perjalanan ke destinasi akhirnya.
Menurut kementerian itu, perkembangan berkenaan dicapai hasil usaha diplomasi peringkat tinggi, termasuk perbualan telefon yang konstruktif antara Perdana Menteri dan Masoud pada 26 Mac lalu serta antara Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dengan rakan sejawatnya dari Iran, Abbas Araghchi pada 24 Mac.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau turut memahami kebimbangan yang disuarakan beberapa negara lain seperti Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi berikutan tindakan Iran yang meningkatkan ketegangan serta memberi kesan kepada negara jiran di rantau itu.
Namun, katanya, keadaan yang dihadapi Iran juga perlu difahami, termasuk serangan yang turut menjejaskan orang awam seperti kanak-kanak sekolah dan kemudahan awam.
“Saya tidak boleh mengabaikannya dan sebab itu saya nyatakan Malaysia mengambil pendirian tegas mengecam tindakan agresif Israel dengan sokongan AS.
Pendirian kita jelas dan tegas, walaupun berisiko sebagai negara kecil.
“Pada masa sama, saya turut menyampaikan kebimbangan rakan di Teluk. Ada yang mempersoalkan kenapa saya berhubung dengan Iran dan saya katakan, sekurang-kurangnya saya mewakili kebimbangan mereka.
“Kita tidak boleh bersikap hipokrit dengan hanya melihat satu sisi saja. Kita mengambil pendirian yang konsisten dan menyeluruh,” katanya.


