Guru penentu aspirasi MADANI negara – KP JKOM

SUNGAI PETANI – Guru memainkan peranan sangat besar sebagai ejen pembentukan masyarakat berilmu, berakhlak dan berdaya fikir.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, guru bukan sekadar penyampai ilmu tetapi turut berperanan sebagai pembina generasi dan pencorak masa hadapan negara.

Katanya, guru perlu menerapkan nilai-nilai MADANI dalam diri pelajar seperti integriti, ihsan, tanggungjawab dan semangat kebersamaan.

“Kepimpinan sejati ialah membina tamadun iaitu menjadikan rakyat bukan sekadar penerima dasar tetapi pewaris peradaban yang berteraskan budi dan hikmah.

“Dasar Kerajaan MADANI hari ini ingin membina pemikiran kepimpinan dalam kalangan pendidik agar mampu menjadi pemimpin masyarakat yang berintegriti dan bertanggungjawab,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Santunan Ihsan di Institut Pendidikan Guru (IPG) di sini pada Ahad.

Turut hadir pada majlis itu ialah ADUN Sidam, Bau Wong Bau Ek yang mewakili Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari bagi merasmikan majlis itu.

Menurut Ismail, penglibatan aktif pendidik dalam program ini diharap dapat membantu meningkatkan lagi kefahaman serta keyakinan kepada masyarakat terhadap dasar dan aspirasi kerajaan melalui pendekatan yang lebih dekat dan berkesan.

“JKOM memainkan peranan sebagai jambatan penghubung strategik antara kerajaan dan rakyat.

“Dalam kepantasan penyebaran maklumat yang begitu pantas hari ini, peranan JKOM semakin signifikan dalam memastikan maklumat yang diterima oleh masyarakat adalah benar dan difahami,” ujarnya.

Tambahnya lagi, melalui pendekatan turun padang, JKOM bukan sahaja menyampaikan dasar dan inisiatif kerajaan malah turut mendengar denyut nadi rakyat.

“Dalam konteks ini, JKOM berperanan memastikan komunikasi kerajaan
sampai kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

“Dalam masa sama, pendekatan yang dilaksanakan JKOM turut berteraskan nilai ihsan iaitu keprihatinan yang dizahirkan melalui tindakan yang menyantuni rakyat dengan penuh empati, hormat dan tanggungjawab,” jelasnya.

Related Posts

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang berada di Yaman, khususnya di sekitar Mocha dan Taiz, dinasihatkan supaya kekal di lokasi selamat susulan perkembangan terkini di negara berkenaan. Kedutaan Besar Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin