Cubaan seleweng 10,000 diesel dipatahkan, rampasan RM72,700

KUCHING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah berjaya mematahkan satu cubaan menyeleweng barang kawalan bersubsidi dalam serbuan di sebuah kilang di Bintawa.

Pengarah KPDN Sarawak, Matthew Dominic Barin berkata, serbuan bersepadu menerusi Ops Tiris 4.0 bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dijalankan pada 2 April (hari ini) hasil daripada tindakan risikan pihak penguat kuasa.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kilang berkenaan mendapati sejumlah 10,000 liter minyak diesel telah disita, dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM72,700,” katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis. 

Menurut beliau, satu kes telah dihasilkan menerusi Ops 555 dan Ops Jeriji untuk disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, iaitu atas kesalahan memiliki atau mempunyai dalam kawalan barang kawalan dalam keadaan yang menimbulkan syak untuk melakukan kesalahan.

Individu yang disabitkan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali. 

Manakala bagi kesalahan melibatkan syarikat, denda maksimum RM2 juta boleh dikenakan. Denda bagi kesalahan kedua dan berikutnya pula adalah lebih tinggi, iaitu RM3 juta bagi individu dan RM5 juta bagi syarikat.

Sementara itu, mengulas mengenai statistik penguatkuasaan, Matthew mendedahkan sejak 1 Januari 2024 sehingga 1 April 2026, KPDN Sarawak telah merekodkan sebanyak 308 kes yang melibatkan penyelewengan minyak diesel.

“Sepanjang tempoh tersebut, sejumlah 6.7 juta liter minyak diesel yang dianggarkan bernilai RM16.1 juta telah dirampas. Daripada jumlah itu juga, nilai kompaun sebanyak RM794,850.00 serta nilai denda sebanyak RM272,000.00 telah pun dikenakan,” jelasnya.

Sehubungan itu, kementerian menyeru masyarakat agar bertindak sebagai mata dan telinga dengan menyalurkan maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi.

Sebarang aduan boleh disalurkan menerusi aplikasi WhatsApp di talian 019-848 8000, menghubungi Call Centre di 1-800-886-800, menghantar e-mel ke e-aduan@kpdn.gov.my, atau menggunakan aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak