Pelanggan domestik 600 kWj ke bawah terus nikmati pengecualian AFA – TNB

KUALA LUMPUR – Pelanggan domestik yang menggunakan elektrik 600 kWj ke bawah terus menikmati pengecualian daripada Mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA).

Menurut laman sesawang Tenaga Nasional Berhad (TNB), pelanggan terbabit juga dikecualikan daripada Caj Peruncitan dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada kadar lapan peratus.

Manakala pelanggan domestik yang penggunaan bulanan 300 kWj ke bawah turut mendapat pengecualian daripada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB).

“Kadar AFA akan tertera setiap bulan dalam bil elektrik, sekiranya terdapat perubahan pada harga pasaran bahan api dan kadar pertukaran mata wang asing.

“Pengisytiharan kadar AFA (dalam unit sen/kWj) adalah berdasarkan pengesahan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) atau pemakluman rasmi melalui keputusan menteri,” kata TNB.

Mekanisme AFA menetapkan kos bahan api untuk penjanaan elektrik mengikut harga pasaran dan kadar pertukaran asing, dan dikemas kini setiap bulan.

Bagi tempoh 1 hingga 30 April, rebat AFA dikurangkan daripada RM0.0215 setiap kWj kepada RM0.0047 setiap kWj, sementara unjuran rebat bagi bulan Mei ialah RM0.0039 setiap kWj, Jun (RM0.0091 kWj) dan Julai (RM0.0008 kWj).

Berdasarkan kalkulator bil TNB, pelanggan domestik (am) yang penggunaan elektrik 300 kWj pada April membayar RM65.79 selepas pengecualian AFA, SST dan KWTBB.

Bagi penggunaan 600 kWj, bil elektrik adalah RM215.98, termasuk 1.6 peratus KWTBB, manakala penggunaan 601 kWj meningkat kepada RM233.52.

Related Posts

RCI Tabung Haji: Dewan Rakyat bahas laporan esok

KUALA LUMPUR – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) akan dibahaskan dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat esok. Berdasarkan takwim Mesyuarat Khas Penggal Kelima Parlimen Ke-15 yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan oleh pasukan pakar perubatan. Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Institusi keluarga yang kukuh asas perpaduan masyarakat desa

Institusi keluarga yang kukuh asas perpaduan masyarakat desa

RCI Tabung Haji: Dewan Rakyat bahas laporan esok

RCI Tabung Haji: Dewan Rakyat bahas laporan esok

Hidupkan semula penerbangan Tawau-Tarakan, pacu pelancongan dan ekonomi

  • By Fatin
  • August 10, 2026
Hidupkan semula penerbangan Tawau-Tarakan, pacu pelancongan dan ekonomi

Sabah akan terus tuntut hak 40 peratus hasil Persekutuan – Hajiji

Sabah akan terus tuntut hak 40 peratus hasil Persekutuan – Hajiji

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari