Konflik Asia Barat: PM adakan pertemuan khas bersama MB, Ketua Menteri

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan semua Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier Sarawak esok bagi membincangkan kesan konflik di Asia Barat terhadap negara.

Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pertemuan itu diadakan bagi meneliti langkah serta ikhtiar yang boleh digerakkan secara bersama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam menghadapi cabaran semasa.

Beliau berkata, perbincangan itu dijangka menyentuh perkembangan terkini berkaitan situasi tenaga global selain impaknya terhadap kos, bekalan serta kesejahteraan ekonomi domestik.

“Beberapa perkara akan dibincangkan dan langkah-langkah yang sesuai akan diteliti. Selepas mesyuarat itu, maklumat mengenai hasil atau keputusan yang dicapai akan dimaklumkan kepada umum,” katanya dalam sidang media mingguan di Angkasapuri Kota Media, hari ini.

Jumaat lalu, Perdana Menteri memaklumkan kerajaan akan memanggil Menteri Besar, Ketua Menteri serta pemimpin utama parti politik minggu depan bagi mendengar taklimat mengenai kedudukan semasa ekonomi negara susulan kesan konflik di Asia Barat.

Anwar berkata, taklimat yang disampaikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) itu akan menentukan keperluan sama ada sidang Parlimen perlu dipanggil bagi meneliti serta membincangkan langkah seterusnya.

Related Posts

Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

KUALA LUMPUR –  Datuk Seri Jamil Khir Baharom didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tiga pertuduhan menyebabkan Lembaga Tabung Haji (TH) melupuskan aset bernilai lebih RM860.3 juta antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

PETALING JAYA – Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyokong gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya masyarakat antarabangsa mengambil tindakan tegas terhadap pendudukan haram Israel di wilayah Palestin.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki maut dihempap jentolak di Long Seridan

Lelaki maut dihempap jentolak di Long Seridan

Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0

VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0