‎Lebih 5,000 rakyat meriahkan ulang tahun ke-75 TYT Sabah

KOTA KINABALU – Lebih 5,000 rakyat membanjiri Padang Merdeka seawal pagi bagi menyaksikan Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-75 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Aman, yang berlangsung penuh adat dan tradisi, pada Isnin.

‎Yang di-Pertua Negeri hadir bersama Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin pada jam 8 pagi.

Sambutan berkenaan turut diserikan dengan penyertaan sebanyak 61 kontinjen dalam acara perbarisan yang melibatkan pelbagai kategori termasuk jabatan kerajaan tanpa pakaian seragam rasmi, agensi swasta, pertubuhan bukan kerajaan serta sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta.

‎Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku, diiringi tembakan meriam sebanyak 17 das sebagai tanda penghormatan, sebelum Yang di-Pertua Negeri menerima tabik hormat diraja dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama.

‎Tun Musa Aman kemudian berkenan memeriksa barisan kontinjen yang mengambil bahagian.

‎Sambutan turut diserikan dengan persembahan koir serta persembahan khas oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, manakala anggota Kabinet Negeri dan Persekutuan, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen serta ketua jabatan turut hadir memeriahkan istiadat.

Related Posts

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

SELAMA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di daerah ini pada Sabtu lalu. Mangsa dikenali sebagai Zakaria Shamsudin, 42, seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

LAHAD DATU – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari kedua seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di dalam Gua Tepadung, Segama, di sini, semasa menjalankan aktiviti mencari sarang burung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi