Khairy serah kepada UMNO putuskan permohonan kembali sertai parti

PONTIAN – Khairy Jamaluddin menyerahkan kepada pucuk pimpinan UMNO untuk menentukan sama ada permohonannya menyertai semula parti itu diterima atau sebaliknya.

“Terserah kepada pucuk pimpinan parti (UMNO), biar mereka tentukan sama ada terima atau tidak,” kata Khairy mengulas berkenaan perkembangan terkini susulan pendiriannya menyerahkan surat rayuan untuk kembali menyertai parti berkenaan.

Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO berkata, beliau tidak mahu mendahului sebarang keputusan yang bakal dibuat kepimpinan tertinggi parti walaupun surat permohonannya sudah dihantar pada 16 Mac lalu.

“Saya tidak pasti lagi 100 peratus permohonan diterima atau tidak. Saya menyerahkan sepenuhnya kepada UMNO untuk putuskan,” katanya lapor BH.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan di Benut, di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi serta Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Mengulas spekulasi beliau dikatakan akan bertanding di Johor, bekas Ahli Parlimen Rembau itu berkata, keutamaannya ketika ini hanyalah untuk kembali sebagai ahli biasa.

“Saya minta jadi ahli biasa dulu, yang lain kemudian. Ini perjalanan pulang ke parti, tak perlu terburu-buru,” katanya.

Sementara itu, Khairy berkata, kehadirannya ke majlis rumah terbuka berkenaan adalah jemputan pertama yang dihadirinya selepas mengumumkan hasrat untuk kembali aktif dalam UMNO.

“Sumali antara orang penting membawa saya pulang ke UMNO. Beliau menyusun perjumpaan saya dengan Presiden ( Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) jadi saya amat berterima kasih kepadanya,” katanya.

Terdahulu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dilaporkan berkata permohonan beberapa bekas pemimpin termasuk Khairy akan dibawa ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi parti pada 17 April ini.

Related Posts

Anwar saran ASEAN-Rusia perluas kerjasama sektor strategik

KAZAN -Negara anggota ASEAN dan Rusia disaran memperluas kerjasama pelbagai hala dalam bidang strategik seperti keselamatan makanan, tenaga, pembuatan termaju, teknologi digital dan pendidikan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi yang lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ASEAN-Rusia perluas kerjasama ekonomi menerusi pelan strategik baharu

KAZAN – Program Strategik ASEAN-Rusia mengenai Kerjasama Perdagangan dan Pelaburan 2026-2035 dijangka menjadi pemangkin kepada usaha memperluaskan hubungan ekonomi antara ASEAN dan Rusia, sekali gus membuka ruang kepada kerjasama yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar saran ASEAN-Rusia perluas kerjasama sektor strategik

Anwar saran ASEAN-Rusia perluas kerjasama sektor strategik

ASEAN-Rusia perluas kerjasama ekonomi menerusi pelan strategik baharu

ASEAN-Rusia perluas kerjasama ekonomi menerusi pelan strategik baharu

Tragedi Kem Hobart: 10 anggota tentera sudah terkorban semasa latihan bom

Tragedi Kem Hobart: 10 anggota tentera sudah terkorban semasa latihan bom

Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3

Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

Negara hancur dengan kebencian

Negara hancur dengan kebencian