Salah tinggalkan The Reds selepas 9 tahun

MOHAMED Salah mengesahkan beliau akan meninggalkan kelab berkenaan pada penghujung musim ini, sekali gus menamatkan tempoh sembilan tahun bersama The Reds.

Perkara itu diumumkan sendiri penyerang berusia 33 tahun itu melalui hantaran di Instagram, yang diterbitkan serentak dengan kenyataan rasmi kelab.

Liverpool memaklumkan, kedua‑dua pihak mencapai persetujuan untuk berpisah lebih awal daripada kontrak asal yang sepatutnya tamat tahun depan.

Salah, yang menjaringkan lebih 250 gol bersama Liverpool mengakui, keputusan itu bukan sesuatu yang mudah memandangkan hubungannya yang mendalam dengan kelab dan penyokong.

Musim terakhir Salah di Anfield tidak berjalan lancar.

Penurunan dalam prestasi musim ini menyebabkan beliau digugurkan beberapa perlawanan, sehingga mencetuskan kenyataan kontroversi bahawa kelab ‘telah menyalahkannya atas segala isu yang tercetus’.

Hubungannya dengan pengurus Arne Slot juga dilaporkan tegang, terutama selepas insiden pada Disember lalu ketika beliau tidak diturunkan menentang Leeds.

Dalam satu temu bual selepas perlawanan, Salah mendakwa ada pihak mahu menjadikannya ‘kambing hitam’.

Walaupun kembali mendapat minit permainan selepas pulang dari Piala Negara‑negara Afrika, Salah masih gagal menemui sentuhan terbaiknya.

Dalam kenyataan rasmi, Liverpool menyifatkan Salah sebagai ‘antara pemain terhebat dalam sejarah kelab’ selepas menyumbang lapan trofi – termasuk dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan satu Liga Juara‑Juara – sejak tiba dari AS Roma pada 2017.

Beliau kini berada di tempat ketiga senarai penjaring sepanjang masa Liverpool, hanya di belakang Ian Rush dan Roger Hunt.

Kelab itu turut menyatakan bahawa Salah mahu membuat pengumuman lebih awal bagi menghormati penyokong dan memberi kejelasan mengenai masa depannya.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi mengenai destinasi baharu Salah.

Sebagai ejen bebas, beliau boleh berpindah tanpa sebarang bayaran perpindahan — situasi yang mungkin menarik minat kelab-kelab kaya, terutamanya dari Arab Saudi selepas tawaran besar kepada beliau ditolak pada 2023.

Related Posts

Itali bakal ‘beli’ Guardiola

PEP Guardiola dilaporkan tersenarai sebagai antara calon berpotensi untuk dilantik sebagai ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan Itali. Pengendali berusia 55 tahun itu kini sedang menikmati rehat yang sewajarnya selepas meninggalkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Argentina tempah slot separuh akhir, kalahkan Switzerland 3-1

ARGENTINA bakal bertemu England di separuh akhir Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Switzerland 3-1 dalam aksi suku akhir penuh dramatik yang berlanjutan sehingga masa tambahan di Kansas City, lewat pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi