Ranking Harimau Malaya jatuh 14 anak tangga

HARIMAU Malaya mula merasai tempias susulan keputusan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) membatalkan dua kemenangan dalam Kelayakan Piala Asia 2027 apabila kini terkeluar daripada kelompok 130 dunia.

Kemas kini ranking semasa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menyaksikan skuad bimbingan Peter Cklamovski ‘tersungkur’ 14 anak tangga untuk menghuni kedudukan ke-135 dunia, lapor Berita Harian.

Skuad kebangsaan ketika ini menghimpun 1095.90 mata selepas dianggap tewas 0-3 dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 berdepan Nepal dan Vietnam.

Ini adalah penurunan ranking yang boleh dianggap antara yang terburuk – selepas 2006 yang menyaksikan mereka tergelincir 19 anak tangga daripada 127 ke 146.

Ia juga boleh dianggap sebagai malang berganda selepas skuad kebangsaan sebelum ini juga sudah jatuh lima anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-121 dunia.

Penurunan itu susulan keputusan FIFA membatalkan keputusan tiga perlawanan persahabatan Malaysia berdepan dengan Cape Verde, Singapura dan Palestin.

Bagaimanapun, skuad Harimau Malaya berpeluang untuk memperbaiki ranking apabila akan berdepan Vietnam untuk aksi terakhir Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Thien Truong, Ninh Binh, 31 Mac ini.

Vietnam sudah mengesahkan slot ke pusingan akhir Piala Asia 2027 selepas menghimpun 15 mata, sementara skuad negara terpaksa akur gagal mara ke Piala Asia buat kali kedua berturut-turut selepas enam mata ditolak berikutan isu pemain yang tidak layak ketika menentang Nepal dan Vietnam.

Skuad Harimau Malaya menjalani latihan pusat bermula hari ini di Kuala Lumpur, diikuti sesi latihan di Bangkok, Thailand dari 24 hingga 27 Mac sebelum berlepas ke Nam Dinh, Vietnam pada 28 Mac.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan