Konflik Asia Barat: Bekalan ubat di Malaysia kekal stabil

PUTRAJAYA – Bekalan ubat-ubatan dalam negara ketika ini berada pada tahap stabil dan terkawal meskipun berlaku konflik di Asia Barat.

Perkara itu disahkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang memaklumkan kesan konflik Asia Barat untuk jangka masa pendek adalah minimum berdasarkan penilaian semasa.

“Paras stok ubat fasiliti KKM disimpan antara satu hingga tiga bulan berdasarkan keperluan penggunaan.

“Ia juga disokong oleh stok penimbal tambahan hingga dua bulan di peringkat syarikat konsesi bagi ubat-ubatan yang dibekalkan melalui konsesi logistik,” katanya menerusi kenyataan, pada Isnin.

Dalam pada itu, KKM memaklumkan pemantauan bekalan ubat turut dilaksanakan secara berterusan melalui mekanisme sedia ada.

“Perkara itu termasuk sistem pelaporan gangguan bekalan oleh Pemegang Pendaftaran Produk (PRH) yang dikendalikan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Hingga semalam (22 Mac), tiada peningkatan trend dalam pelaporan PRH melibatkan gangguan bekalan ubat-ubatan dikesan,” katanya.

Menurut KKM, maklum balas daripada pihak industri farmaseutikal tempatan menunjukkan pengilang tempatan mempunyai stok bahan mentah hingga tiga bulan dan produk siap sekitar dua bulan.

Kementerian itu berkata, pengimport turut melaksanakan pemantauan rapi terhadap rantaian bekalan masing-masing bagi memastikan kelangsungan bekalan ubat.

“KKM akan terus memantau perkembangan konflik di Asia Barat secara teliti dan komited mengambil langkah proaktif bagi memastikan keterjaminan bekalan ubat kepada rakyat.

“Ini termasuk penubuhan pasukan petugas yang terdiri daripada pihak industri farmaseutikal dan pihak berkepentingan berkaitan.

“Ini untuk pemantauan serta memastikan keterjaminan bekalan ubat terutama melibatkan ubat-ubatan di bawah Senarai Ubat Penting Kebangsaan (NEML) di Malaysia,” menurut kenyataan itu. 

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia