Lelaki Bangladesh maut selepas terjatuh ke dalam sungai ketika berbasikal

IPOH – Seorang lelaki warga Bangladesh ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika menunggang basikal dalam kejadian di Taman Bandar Baru Menglembu, di sini, pada Isnin.

Mangsa berusia 29 tahun itu ditemukan orang awam dalam keadaan tidak bernyawa bersama sebuah basikal, lengkap berpakaian baju-T lengan panjang dan berseluar jeans.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.35 pagi sebelum menggerakkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh ke lokasi.

Menurutnya, hasil maklumat awal daripada pihak polis mendapati mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika sedang berbasikal.

“Setibanya di lokasi, anggota menjalankan ‘size-up’ sebelum turun ke sungai bagi mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung dan tali.

“Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I, Shaharizala Abu Hanifah itu tamat sepenuhnya pada jam 9.41 pagi.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan