Inflasi rendah, bon kerajaan Malaysia mengukuh

PUTRAJAYA – Pasaran bon kerajaan Malaysia (MGS) mencatat pengukuhan sederhana dalam minggu dagangan yang dipendekkan minggu lalu, disokong oleh inflasi yang lebih rendah serta kedudukan fiskal negara yang dilihat stabil.

CIMB Investment Bank Berhad (CIMB) berkata, aset berdenominasi ringgit turut menunjukkan prestasi positif apabila indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.3 peratus, manakala ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Menurutnya, pengukuhan pasaran bon tempatan berlaku walaupun harga minyak mentah global melonjak melebihi AS$110 (RM433.06) setong, sekali gus bertentangan dengan trend kelemahan di pasaran serantau. 

“Perkembangan ini sebahagiannya disokong oleh keyakinan pelabur terhadap keupayaan Malaysia mengurus kesan limpahan inflasi.

“Permintaan kukuh dilihat daripada pelabur asing dan institusi perbankan, khususnya bagi terbitan baharu MGS tiga tahun (03/29) serta segmen lima tahun. Dalam masa sama, pelabur institusi tempatan dilaporkan mengurangkan sedikit tempoh pegangan portfolio mereka,” katanya dalam nota penyelidikan, pada Isnin.

Sementara itu, CIMB berkata, kerajaan sedang membuat persediaan untuk menerbitkan bon berdenominasi dolar AS buat pertama kali sejak 2021, bagi membiayai semula bon bernilai AS$1 bilion (RM3.94 bilion) yang akan matang pada 27 April 2026.

Dari sudut kecairan, bank pelaburan memaklimkan, kadar pembiayaan terus meningkat apabila Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan naik kepada 3.32 peratus, meningkat empat mata asas berbanding minggu sebelumnya. 

“Kenaikan ini dipercayai dipacu faktor hujung suku tahun serta musim pembayaran dividen. Kadar tersebut berpotensi meningkat lagi menjelang akhir Mac sebelum berbalik arah pada April. 

“Sekiranya tidak, hasil MGS jangka pendek mungkin berdepan tekanan kenaikan. Dalam pada itu, lengkung swap kadar faedah (IRS) terus mendatar dengan kadar lima tahun seketika melepasi paras 3.50 peratus, selari dengan aliran serantau,” jelasnya.

Sementara itu, dari segi inflasi, CIMB berkata, tekanan harga dilihat semakin reda apabila inflasi keseluruhan bagi Februari turun kepada 1.4 peratus tahun ke tahun, berbanding 1.6 peratus pada Januari. 

Katanya, inflasi teras turut menyederhana kepada 2.0 peratus daripada 2.3 peratus sebelumnya.

“Walaupun harga minyak global meningkat, kesan terhadap inflasi domestik dijangka terkawal dalam jangka pendek susulan komitmen kerajaan mengekalkan harga bahan api bersubsidi, termasuk RON95 pada RM1.99 seliter dan diesel di Malaysia Timur pada RM2.15 seliter.

“Namun begitu, langkah tersebut menyaksikan kos subsidi bulanan meningkat ketara kepada sekitar RM3.2 bilion berbanding RM0.7 bilion sebelum ini.

“Perhatian masih diberikan kepada potensi kesan pusingan kedua apabila kos tenaga yang lebih tinggi mula mempengaruhi harga komoditi lain,” katanya.

Related Posts

713 kandungan ‘deepfake’ pemimpin politik diturunkan sejak 2025 – Fahmi

KUALA LUMPUR – Sebanyak 713 kandungan deepfake yang menyasarkan pemimpin parti politik telah diturunkan oleh penyedia perkhidmatan susulan permohonan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sepanjang 1 Januari 2025 hingga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik

AMK Miri mahu Belanjawan Sarawak 2027 fokus peluang pekerjaan, rumah mampu milik

Pernah tolak bantuan demi penduduk, bekas Penghulu Kampung Penat kini terima manfaat PPRMS

Pernah tolak bantuan demi penduduk, bekas Penghulu Kampung Penat kini terima manfaat PPRMS

110 murid serlah bakat di Karnival Pendidikan Khas Zon Tengah

110 murid serlah bakat di Karnival Pendidikan Khas Zon Tengah

713 kandungan ‘deepfake’ pemimpin politik diturunkan sejak 2025 – Fahmi

713 kandungan ‘deepfake’ pemimpin politik diturunkan sejak 2025 – Fahmi

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎