Rafizi hanya pandai sembang, menteri paling gagal perkasa ekonomi

PUTRAJAYA – Pengasas PKR, Ng Lum Yong mendakwa Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli adalah ahli Kabinet paling gagal sejak mula dilantik sebagai Menteri Ekonomi pada Disember 2022 sebelum meletak jawatan pada Jun 2025.

Beliau menegaskan, berdasarkan pemerhatiannya dalam tempoh hampir tiga tahun itu, banyak formula ekonomi yang dirangka juga tidak dilaksanakan, malah beliau hanya tahu sembang sahaja.

Katanya, Rafizi telah membuktikan kepada umum bahawa beliau gagal untuk menunaikan janji-janji manifesto PH untuk PRU15, selain tidak melakukan apa-apa reformasi ekonomi semasa menjadi menteri.

“Formula beliau buat hanya sembang sahaja, hanya cakap besar. Rafizi seorang yang gagal, dan tak tunaikan apa yang dicakap. Beliau seorang yang hanya tahu hentam Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sekarang apabila sokongan tidak berpihak kepadanya, beliau banyak ‘bercakap’, sedangkan Perdana Menteri merangkap Presiden PKR sehingga hari ini hanya berdiam tidak membuat kritikan balas kepada Rafizi,” katanya menerusi kenyataan, pada Isnin.

Lum Yong berkata, Rafizi tidak layak menjadi Menteri atau apa-apa jawatan sekali pun kerana beliau bukan seorang ahli politik sebenar, tetapi hanya tahu cari makan sahaja.

“Rafizi seorang yang tidak jujur dan hanya untuk kepentingan diri sendiri. Beliau tidak layak menjadi pemimpin yang setia kepada rakyat.

“Kritikan Rafizi akan membawa kesan negatif kepada rakyat. Rafizi sudah hilang diri, sekarang dia jadi alat yang tahu kritik Anwar,” katanya.

Related Posts

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

IPOH – Kerajaan MADANI bersedia meningkatkan kadar bantuan kepada rakyat menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sekiranya kedudukan ekonomi negara terus mengukuh serta kewangan kerajaan mengizinkan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia

KOTA KINABALU – Kementerian Kerja Raya (KKR) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan JKR Sarawak bagi penubuhan Makmal MyBIM Malaysia sebagai langkah memperluaskan penggunaan teknologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026