Sultan Pahang puji ukhuwah rakyat di rumah terbuka

TEMERLOH – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, baginda bangga melihat peningkatan ukhuwah dalam kalangan masyarakat apabila berkumpul sempena penganjuran rumah terbuka sempena Aidilfitri.

Al-Sultan Abdullah bertitah kehadiran ramai pengunjung pada penganjuran Majlis Istana Terbuka di Kuantan, semalam dan Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Pahang di sini, hari ini, memberi semangat kepada baginda untuk terus bekerja dan berkhidmat kepada rakyat.

“Saya berasa bangga dapat hadir di Lanchang (dan) dapat lihat sendiri peningkatan ukhuwah masyarakat,” titah baginda, seperti dilapor Bernama.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian semasa berangkat ke majlis rumah terbuka yang berlangsung Dewan Sri Lanchang di sini. Turut berangkat Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda baginda berdua termasuk Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Al-Sultan Abdullah bertitah, menjadi pemimpin termasuk sebagai raja atau menteri besar bukan sesuatu yang mudah kerana tetap perlu bekerja serta melayan rakyat walaupun pada hari cuti termasuk hari raya.

Selain itu, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail atas penganjuran majlis itu dan mengingatkan beliau untuk terus menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat di Pahang.

“Kita juga perlu menyediakan aktiviti ekonomi kepada rakyat dan sentiasa berdoa supaya bumi Pahang sentiasa dilindungi Allah dan bertambah pembangunan dan kesejahteraan,” titah baginda.

Al-Sultan Abdullah juga mengajak rakyat untuk berdoa supaya konflik antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran dapat ditamatkan kerana kesan peperangan itu turut dirasai di seluruh dunia.

Related Posts

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

SEMPORNA – Jabatan Imigresen Malaysia memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita yang dikehendaki bagi membantu siasatan yang dijalankan oleh Cawangan Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

TAWAU – Generasi muda Malaysia berupaya muncul sebagai inovator bertaraf dunia dengan memperkukuh pendidikan berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi