Anwar tunai solat Jumaat di Masjid Jamek As-Syakirin Bukit Mertajam

BUKIT MERTAJAM – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja sehari di Pulau Pinang hari ini dengan menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek As-Syakirin, Kampung Pelet, di sini.

Beliau yang tiba di masjid itu pada 1.12 tengah hari disambut oleh Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said dan pengerusi masjid Othman Syafie serta para jemaah.

Anwar, bersama hampir 700 jemaah termasuk Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, seterusnya mendengar khutbah bertajuk ‘Ramadan, Ketika Senja Terakhir Berlabuh’, yang disampaikan Imam I Muhammad Nasir Hamid.

Selesai solat, Perdana Menteri menziarahi komuniti Permatang Pasir bagi meninjau persiapan Aidilfitri yang akan disambut umat Islam seluruh negara esok.

Sebelum mengakhiri lawatan kerja di Pulau Mutiara, Anwar turut dijadual menghadiri Program Santai Akhir Ramadan Bersama Pimpinan Komuniti Permatang Pauh di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir.

Related Posts

JKOM: Kerajaan bertindak pantas, dana KWAP tidak terjejas dalam isu eFishery

PUTRAJAYA – Kerajaan bertindak pantas dan telus dalam menangani isu pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat pemula teknologi akuakultur Indonesia, eFishery, sekali gus memastikan kepentingan pencarum dan pesara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Panel profesional tentukan pelaburan KWAP, bebas campur tangan kerajaan – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak pernah campur tangan dalam sebarang urusan atau keputusan pelaburan yang dibuat oleh agensi pelaburan kerajaan, termasuk Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), tegas Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos