Bekalan makanan Aidilfitri mencukupi, pengguna diminta tidak panik

IPOH – Bekalan makanan asas seperti ayam pedaging, telur dan daging di Perak berada pada tahap mencukupi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, sekali gus pengguna tidak perlu melakukan pembelian secara panik.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, pengeluaran ayam pedaging di negeri ini dianggarkan antara 10 hingga 12 juta ekor sebulan dan mampu menampung peningkatan permintaan semasa musim perayaan.

Menurutnya, hasil pemantauan berterusan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak bersama agensi berkaitan juga mendapati sektor pengeluaran ternakan di negeri ini berada dalam keadaan baik serta stabil.

“Selain ayam pedaging, bekalan telur ayam turut mencukupi dengan pengeluaran dianggarkan antara 140 hingga 160 juta biji sebulan yang diagihkan secara berterusan ke pasaran bagi memastikan kestabilan bekalan kepada pengguna di seluruh negeri.

“Bagi bekalan daging lembu dan kerbau pula, bekalan kekal stabil melalui gabungan sumber pengeluaran tempatan dan import dengan anggaran sekitar 360 hingga 400 tan metrik sebulan bagi memenuhi keperluan pasaran di Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan bekalan barangan keperluan sempena Aidilfitri di Pasar Besar Ipoh dan Pasar Besar Mydin Meru Raya di sini pada Selasa.

Mohd Zolkafly berkata, kerajaan negeri melalui JPV bersama agensi berkaitan sentiasa menjalankan pemantauan rapi terhadap keseluruhan rantaian bekalan ternakan, bermula dari peringkat ladang, operasi rumah sembelih sehingga proses pengedaran produk ke pasaran.

Menurutnya, langkah itu bertujuan memastikan bekalan makanan asas sentiasa mencukupi, berkualiti serta sampai kepada pengguna tanpa sebarang gangguan, termasuk bekalan sayur-sayuran dan keperluan lain masyarakat.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan pembelian secara panik atau berlebihan kerana bekalan ayam, telur dan daging akan terus diagihkan secara konsisten sepanjang tempoh musim perayaan Aidilfitri,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan harga barangan ketika ini masih berada pada paras harga kawalan, malah terdapat penawaran yang lebih rendah daripada harga yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Related Posts

KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

LIMBANG – Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyarankan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) menjadi barisan hadapan bagi memelihara alam sekitar peringkat akar umbi. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kisah Tompok cerminan nilai kemanusiaan dan keprihatinan warga Miri

MIRI – Datuk Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang menyarankan agar kisah anjing jalanan bernama Tompok diangkat sebagai simbol kesetiaan dan identiti bandar raya ini pada Ahad. Beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan kaitkan institusi diraja dalam kempen PRN – Istana Negeri Sembilan

Jangan kaitkan institusi diraja dalam kempen PRN – Istana Negeri Sembilan

KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

RCI Tabung Haji: Kalau salah mesti didakwa – Anwar

RCI Tabung Haji: Kalau salah mesti didakwa – Anwar

Jalan gelap, ATM jauh jejas kehidupan harian penduduk Rompin

Jalan gelap, ATM jauh jejas kehidupan harian penduduk Rompin

Kisah Tompok cerminan nilai kemanusiaan dan keprihatinan warga Miri

Kisah Tompok cerminan nilai kemanusiaan dan keprihatinan warga Miri

Akibat campur tangan politik berlebihan, FELDA rugi RM10 bilion

Akibat campur tangan politik berlebihan, FELDA rugi RM10 bilion