Anggota tentera dilapor hilang di Pos Pulau Pandanan

SEMPORNA – Seorang anggota tentera dilaporkan hilang selepas tidak ditemui di Pos Penempatan Pulau Pandanan semasa perbarisan pagi, pada Sabtu.

Polis Daerah Semporna dalam satu kenyataan rasmi di Facebook memaklumkan, anggota berkenaan dikenali sebagai Fredenick anak Petrus, 21, berketurunan Iban dari Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja (6 RRD), Kem Ulu Tiram, Johor.

“Pegawai renjer tentera, Mohd Azhar Sainuddin memaklumkan bahawa anggotanya itu tidak berada di pos penempatan Pulau Pandanan semasa pemeriksaan dilakukan.

“Usaha pencarian segera dijalankan oleh anggota di sekitar kawasan pos penempatan terbabit namun mangsa masih gagal ditemui,” menurut kenyataan itu, pada Isnin.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan (ASP) Mohammad Ali Amat di talian 013-2120852 atau hadir ke balai polis berhampiran.

“Kerjasama orang ramai amat diperlukan,” ujarnya.

Related Posts

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

SELAMA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di daerah ini pada Sabtu lalu. Mangsa dikenali sebagai Zakaria Shamsudin, 42, seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

LAHAD DATU – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari kedua seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di dalam Gua Tepadung, Segama, di sini, semasa menjalankan aktiviti mencari sarang burung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi