Beri ruang Kerajaan MADANI teruskan reformasi negara

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diberi peluang satu penggal lagi untuk meneruskan pentadbiran demi memastikan kestabilan politik dan kesinambungan dasar pembangunan negara.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, Kerajaan MADANI mencatatkan banyak perkembangan positif khususnya dari segi pencapaian ekonomi dan kebajikan rakyat.

“Penyaluran bantuan melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM15 bilion yang memberi manfaat kepada kira-kira sembilan juta penerima.

“Kerajaan juga memperkenalkan bantuan kewangan secara terus ke kad pengenalan kepada kira-kira lima juta rakyat dengan nilai antara RM50 hingga RM200 sebulan bagi membantu kos sara hidup,” ujarnya semasa berucap pada Program Sesi Libat Urus ‘Key Communicator’ bersama-sama KP JKOM di NADI Kampung Warisan, pada Ahad.

Jelasnya, kadar inflasi negara juga kekal rendah sekitar 1.6 peratus bagi tahun 2026, manakala jumlah pelaburan yang diluluskan mencecah RM285.2 bilion, meningkat 13.2 peratus.

“Nilai eksport negara pula meningkat 19.6 peratus kepada RM146.87 bilion setakat Januari 2026,” kongsinya.

Ismail berkata, beberapa petunjuk ekonomi lain turut menunjukkan peningkatan, termasuk kadar pengangguran yang menurun kepada 2.9 peratus setakat 2025 serta peningkatan daya saing global Malaysia yang berapa pada tangga ke-23.

Tambah Ismail, kedudukan Malaysia dalam indeks rasuah global juga menunjukkan peningkatan apabila negara berada di tangga ke-54.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan