‎Mutiara GRS terbuka kerjasama strategik

KOTA KINABALU – Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat ‎Sabah (Mutiara GRS) terbuka menjalinkan kerjasama strategik dengan organisasi yang sehaluan bagi memperluaskan inisiatif yang memberi manfaat secara langsung kepada ‎masyarakat.
‎
‎Yang Dipertua Mutiara GRS, Datin Seri Juliah Salag menyeru semua ahli untuk menggandakan usaha dalam menjayakan hasrat tersebut serta meluangkan masa dan komitmen bagi menyertai program-program anjuran ‎pertubuhan berkenaan.
‎
‎“Bagi memperkasa lagi program kebajikan dan kemasyarakatan kita pada tahun ini, saya menyeru semua ahli agar lebih proaktif dan terlibat secara langsung dalam pelbagai aktiviti, khususnya di kawasan masing-masing.
‎
‎“Saya berharap setiap ahli terus berganding bahu bagi memastikan kejayaan serta mencapai matlamat murni penubuhan Mutiara GRS,” ujarnya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Mutiara GRS Ke-5 di Rumah Mutiara GRS di sini, pada Sabtu.
‎
‎Juliah yang juga isteri kepada Ketua Menteri Sabah menggalakkan ahli-ahlinya aktif menyumbang idea yang memfokuskan kepada pemerkasaan wanita, program kebajikan, pembangunan kemahiran perniagaan serta bidang-bidang lain yang berkaitan.
‎
‎“Saya mahu ahli-ahli kita mencadangkan aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran, ‎pengetahuan serta kesejahteraan diri.
‎
‎”Kita juga boleh merancang program pembangunan diri seperti latihan etika sosial, bengkel kesihatan, aktiviti sukan dan rekreasi, literasi digital serta ‎lawatan pendidikan.
‎
‎“Selain mengeratkan hubungan sesama kita, inisiatif-inisiatif ini juga memberi peluang bermakna untuk kita terus belajar, membina rangkaian dan maju bersama,” tambahnya.
‎
‎Dalam pada itu Juliah berharap semua inisiatif yang dirancang oleh persatuan berkenaan sepanjang tahun ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan mengikut jadual demi manfaat rakyat.
‎
‎“Kejayaan memerlukan perpaduan dan sokongan bersama.
‎
‎”Tanpa persefahaman serta usaha gigih daripada semua pihak, adalah mustahil bagi persatuan ini berfungsi sebagai sebuah organisasi yang mampu membawa perubahan bermakna dan kemakmuran kepada masyarakat,” katanya.

Related Posts

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

KOTA KINABALU – Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan Sarawak-Sabah Link Road 1 disasarkan siap menjelang akhir 2027, dengan kerajaan meneruskan peruntukan RM3.3 bilion bagi pembangunan jalan raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 ringankan beban rakyat, Sabah kekal penerima peruntukan terbesar – Hajiji

KOTA KINABALU – Belanjawan Negara 2027 disifatkan sebagai belanjawan komprehensif yang mampu meringankan beban kewangan rakyat, selain mencerminkan kekukuhan ekonomi dan kedudukan kewangan negara. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak