KPDN Perlis perkukuh kawalan bahan bakar di sempadan

KANGAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis memperkukuh kawalan serta pemantauan di stesen-stesen minyak berhampiran kawasan sempadan bagi memastikan petrol RON95 dan diesel bersubsidi tidak disalah guna.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Perlis, Mohd Asri Mat Hassan berkata, pemantauan secara berkala dijalankan di enam stesen minyak yang beroperasi berhampiran kawasan sempadan negeri ini.

Menurutnya, langkah itu bagi memastikan penjualan bahan bakar khususnya kepada kenderaan bernombor pendaftaran asing sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Berdasarkan pemantauan yang dijalankan di stesen-stesen minyak sekitar negeri ini, pembelian harian dan bulanan petrol serta diesel masih berada pada tahap biasa.

“Setakat ini, tiada lonjakan ketara melibatkan pembelian bahan bakar oleh kenderaan asing,” katanya selepas Walkabout Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2026 di Pasar Besar Sena, di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi pembelian petrol dan diesel oleh bukan warganegara, terdapat dua stesen minyak tanpa subsidi yang beroperasi di negeri ini.

Katanya, bukan warganegara boleh mendapatkan bekalan bahan bakar di stesen tanpa subsidi tersebut atau di mana-mana stesen biasa mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Bagi stesen minyak biasa, kenderaan asing termasuk dari Thailand hanya dibenarkan mengisi bahan bakar sebanyak 20 liter dan dalam lingkungan 50 kilometer dari sempadan,” katanya.

Mohd Asri berkata, KPDN akan terus meningkatkan pemeriksaan serta kawalan di setiap stesen minyak sekitar negeri ini mengikut keadaan semasa.

Katanya, langkah itu bagi memastikan petrol dan diesel bersubsidi yang tertakluk di bawah barangan kawalan tidak disalah guna atau diseleweng sehingga menyebabkan ketirisan kepada kerajaan.

Related Posts

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

SELAMA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di daerah ini pada Sabtu lalu. Mangsa dikenali sebagai Zakaria Shamsudin, 42, seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

LAHAD DATU – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari kedua seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di dalam Gua Tepadung, Segama, di sini, semasa menjalankan aktiviti mencari sarang burung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi