Pekerja hotel maut tertimbus tanah runtuh

SANDAKAN – Seorang lelaki warga emas maut selepas tertimbus tanah runtuh ketika cuba menghidupkan set janakuasa di bahagian belakang sebuah hotel di pusat bandar, awal pagi Rabu.

Mangsa, Agustine Frederick J. Lingam, 76, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dikeluarkan oleh pasukan penyelamat.

Kejadian dipercayai berlaku ketika hujan lebat menyebabkan bekalan elektrik di hotel terbabit terputus.

Mangsa yang juga pekerja hotel dikatakan cuba memulihkan bekalan elektrik dengan menghidupkan janakuasa, bagaimanapun runtuhan tanah mengakibatkan beliau tertimbus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, PKPgB Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.39 pagi dan menggerakkan 10 anggota ke lokasi bersama tiga buah jentera ke lokasi kejadian sejauh kira-kira enam kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi, pemeriksaan mendapati mangsa tertimbus separuh badan akibat runtuhan tanah.

“Kerja menyelamat dilakukan menggunakan peralatan penyodok dan mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 7.14 pagi.

“Pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” ujarnya.

Jimmy menambah, mangsa diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 8.19 pagi selepas memastikan kawasan selamat dan tiada lagi risiko bahaya.

Related Posts

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

MIRI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Miri tampil mengecam keras tindakan pihak tertentu yang mengeksploitasi institusi keagamaan Kristian, termasuk watak paderi dan biarawati, sebagai bahan jenaka berunsur seksual ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang