Budaya keselamatan penting cegah kebakaran

KUCHING – Sikap sambil lewa dan kecuaian manusia dikenal pasti sebagai penyumbang utama insiden kebakaran, namun realitinya hampir 99 peratus daripada kejadian tersebut sebenarnya boleh dicegah.

Pakar Keselamatan Kebakaran, Datu Khirudin Drahman berkata, peratusan tinggi itu mampu dicapai sekiranya masyarakat membuang sikap ambil mudah dan mengamalkan budaya keselamatan yang lebih bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.

Beliau yang juga Penasihat Kehormat kepada Tan Sri Lee Lam Thye bagi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan menegaskan, keselamatan kebakaran bukan hanya terletak di bahu pihak berkuasa, sebaliknya ia adalah tanggungjawab bersama masyarakat dan pemilik premis.

“Selama lebih dua tahun, saya sering menekankan bahawa keselamatan kebakaran adalah tanggungjawab bersama. Kita perlu mengutamakan keselamatan berbanding keuntungan serta membudayakan amalan pencegahan,” katanya.

Mendedahkan realiti semasa yang membimbangkan, Khirudin berkata, perkembangan teknologi dan penggunaan bahan binaan moden pada masa kini menyebabkan api merebak dengan jauh lebih pantas berbanding masa lalu.

“Jika dahulu kebakaran mengambil masa sekitar 15 hingga 20 minit untuk berkembang, kini ia boleh menjadi kebakaran besar dalam tempoh seawal tiga hingga empat minit sahaja,” jelasnya.

Beliau berkata, secara asasnya kebakaran berlaku melalui tindak balas kimia yang dikenali sebagai Fire Tetrahedron, melibatkan gabungan tiga elemen utama iaitu bahan api, haba, dan oksigen.

Dalam pada itu, Khirudin memberi amaran bahawa asap beracun merupakan ‘pembunuh senyap’ dan punca utama kematian mangsa, bukannya dijilat api semata-mata.

“Asap toksik daripada bahan terbakar boleh mencabut nyawa lebih cepat berbanding api. Oleh itu, sistem pengesanan awal yang berfungsi dan laluan keluar kecemasan yang jelas amat penting,” tegasnya.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan antara faktor utama yang mengubah insiden kebakaran menjadi tragedi maut termasuklah kegagalan sistem amaran awal, kelalaian penghuni, laluan keluar yang terhalang, serta kekurangan latihan menghadapi kecemasan.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar pendekatan perlindungan kebakaran pasif dan kejuruteraan keselamatan kebakaran diberikan perhatian serius dalam proses reka bentuk serta penyelenggaraan sesebuah bangunan.

“Pada akhirnya, keselamatan kebakaran sangat bergantung kepada sikap manusia itu sendiri. Jika kita mengutamakan langkah pencegahan, banyak tragedi dapat dielakkan,” ujarnya.

Related Posts

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

MIRI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Miri tampil mengecam keras tindakan pihak tertentu yang mengeksploitasi institusi keagamaan Kristian, termasuk watak paderi dan biarawati, sebagai bahan jenaka berunsur seksual ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang