Kabinet teliti pindaan undang-undang lebih tegas tangani isu 3R – Fahmi

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang menilai keperluan untuk meminda undang-undang sedia ada atau menggubal peruntukan baharu yang lebih tegas bagi menangani isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R).

Perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pagi tadi susulan tindakan segelintir pihak yang didapati masih tidak mengendahkan peruntukan undang-undang sedia ada, khususnya dalam kes yang dilaporkan di media dan media sosial.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kerajaan memandang serius perkembangan berkenaan dan bersetuju supaya tindakan penguatkuasaan diperkukuh oleh pihak berkuasa berkaitan.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, pada masa sama kerajaan akan meneliti sama ada terdapat kelompangan dalam undang-undang sedia ada yang menyebabkan tindakan terhadap pihak tertentu sukar dilaksanakan dengan berkesan.

“Jemaah Menteri memutuskan tindakan yang tegas perlu diambil sekarang oleh pihak berwajib termasuk Peguam Negara.

“Pada masa sama, sekiranya wujud sebarang kelompangan dalam undang-undang sedia ada, yang memungkinkan tindakan penguatkuasaan awal seperti membabitkan penahanan tidak diendahkan oleh pihak tertentu, maka ia wajar dikaji.

“Tindakan mengkaji semula dan meminda atau menggubal Rang Undang-Undang baharu supaya isu ini dapat ditangani dengan lebih tuntas,” katanya lapor BH.

Related Posts

RCI Tabung Haji: Lim Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji

SEBELUM ini Lim Guan Eng menjadi sasaran tuduhan kononnya kerajaan Pakatan Harapan mahu menjual aset Lembaga Tabung Haji (TH) dan menggadaikan kepentingan umat Islam. Namun beberapa tahun kemudian, cerita yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat dapat 10GB data percuma sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

PUTRAJAYA – Pengguna perkhidmatan telekomunikasi di negara ini yang layak, bakal menikmati 10 gigabyte (GB) data internet percuma sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 menerusi Insentif Rebat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Lim Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji

RCI Tabung Haji: Lim Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji

Siasat dakwaan agih bantuan untuk dapat sokongan

Siasat dakwaan agih bantuan untuk dapat sokongan

Tular jual RON95 kepada kenderaan asing, KPDN Perak tindak pantas

Tular jual RON95 kepada kenderaan asing, KPDN Perak tindak pantas

Rakyat dapat 10GB data percuma sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

Rakyat dapat 10GB data percuma sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

Minyak masak subsidi dicampur pewarna untuk lebih untung

Minyak masak subsidi dicampur pewarna untuk lebih untung

Komuniti perlu peka, bertindak sebagai barisan hadapan cegah ancaman keselamatan

Komuniti perlu peka, bertindak sebagai barisan hadapan cegah ancaman keselamatan