Iftar Ramadan anjuran MISUR, Cahaya Sabah eratkan perpaduan masyarakat DUN Kapayan

PENAMPANG – Program Iftar Ramadan anjuran dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Masyarakat Interaktif Suara Sabah (MISUR) bersama Persatuan Cahaya Sabah di DUN Kapayan berjaya menyantuni 66 golongan asnaf, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU), anak yatim dan warga emas sekali gus memperkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan agama di kawasan berkenaan.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata program berkenaan amat bermakna khususnya di DUN Kapayan yang mempunyai komuniti Islam sebagai minoriti, namun tetap diraikan bersama masyarakat pelbagai latar belakang.

“Walaupun masyarakat di sini terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan suku kaum, mereka tetap menghormati antara satu sama lain dan bersama-sama meraikan bulan Ramadan.

“Penyertaan masyarakat bukan Islam dalam majlis berbuka puasa itu jelas menunjukkan semangat saling menghormati dan keharmonian yang telah lama terjalin di Sabah.

“Ini mencerminkan perpaduan yang kukuh dalam kalangan masyarakat di Sabah dan program seperti ini mampu mengeratkan lagi hubungan sesama komuniti,” kongsinya kepada media selepas program berkenaan di sini, pada Isnin.

Tambah Nizam, kerajaan negeri melalui kementeriannya akan terus menyokong program komuniti yang memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya melibatkan golongan belia.

“Kita mahu melihat lebih banyak program yang mampu membimbing dan membangunkan potensi belia kerana mereka mempunyai bakat dan keupayaan untuk mengharumkan nama Sabah di peringkat nasional dan antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, Penganjur program, Dr Rashid Hassan berkata, MISUR akan terus memperluas program kebajikan dan kemasyarakatan bagi memastikan bantuan dapat disalurkan kepada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

“Matlamat utama MISUR adalah untuk mendekati seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang kaum atau agama.

“Program seperti ini memberi ruang kepada kami untuk menyantuni golongan yang memerlukan selain mengeratkan hubungan dalam komuniti.

“Selain program bantuan kepada asnaf, kami turut terlibat dalam beberapa aktiviti kemasyarakatan lain termasuk membantu komuniti setempat, menyantuni golongan Orang Bebas Berparol serta bekerjasama dengan agensi penguat kuasa dan pihak beruniform di sekitar Kapayan.

“Kami juga merancang untuk memperluaskan lagi program pada masa hadapan dengan mendekati lebih banyak agensi dan komuniti supaya bantuan serta sokongan yang disalurkan dapat memberi manfaat kepada masyarakat secara lebih menyeluruh,” katanya.

Tambah Rashid, program iftar dan sumbangan Ramadan berkenaan akan diteruskan pada masa akan datang sebagai platform memperkukuh keharmonian serta semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat setempat.

Related Posts

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

PERMATANG PAUH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Jemaah Menteri akan bersetuju untuk mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji kepada umum. Beliau berkata, perkara itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

IPOH – Dua pelajar perempuan berusia 14 tahun ditemukan meninggal dunia di kawasan Flat Sungai Pari, di sini, petang semalam. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, siasatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Anwar yakin Jemaah Menteri setuju laporan RCI Tabung Haji didedah kepada umum

Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

  • By Aden
  • July 25, 2026
Dua pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di flat Sungai Pari

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

RM50,000 diperuntuk bagi kelas tuisyen dan gajet percuma pelajar Mukah

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar

Enam maut kemalangan kereta, lori satu tan

Enam maut kemalangan kereta, lori satu tan