Pendapatan Wisma Harta tahun lalu capai RM3.4 juta

KOTA KINABALU – Wisma Harta Sdn Bhd (WHSB) mencatat prestasi kewangan memberangsangkan apabila memperoleh pendapatan kira-kira RM3.4 juta bagi tahun lalu, dengan keuntungan bersih RM684,424, iaitu yang tertinggi dalam tempoh 39 tahun penubuhannya.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Isnin Aliasnih berkata, pencapaian tersebut membuktikan keberkesanan tadbir urus dan pengurusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah kerajaan negeri.

“Kejayaan itu turut membolehkan syarikat berkenaan menunaikan tanggungjawab kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), termasuk pembayaran tunggakan kutipan sewa sebanyak RM600,000 selain zakat perniagaan.

“Alhamdulillah tahun lepas kita mendapat pendapatan yang cukup memerangsangkan iaitu lebih kurang RM3.4 juta.

“Wisma Harta juga berjaya membayar balik kepada MUIS sebanyak RM600,000 serta menunaikan zakat perniagaan,” katanya dalam sidang media pada Majlis Penyerahan Bayaran Dividen Hasil Pendapatan, Zakat Perniagaan serta Wakaf Syarikat WHSB kepada MUIS, di sini pada Isnin.

Menurut Isnin, kejayaan itu bukan sahaja memberi manfaat kepada institusi di bawah MUIS tetapi juga menyumbang kepada peningkatan hasil kerajaan negeri.

“Tahniah kepada pihak pengurusan MUIS dan Wisma Harta atas prestasi ini dan saya menyifatkan peningkatan pendapatan itu sebagai bukti keikhlasan dalam mentadbir dan mengurus organisasi,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau menyarankan agar semua syarikat berkaitan kerajaan negeri mencontohi langkah Wisma Harta dengan menunaikan zakat perniagaan.

“Saya sarankan kepada semua anak syarikat kerajaan supaya mengambil contoh daripada Wisma Harta untuk membayar zakat.

“Pertama, ia dapat menambah keberkatan daripada Allah SWT dan kedua, melalui pembayaran zakat kita juga dapat membantu menambah sumber kewangan serta manfaat kepada masyarakat,” jelasnya.

Pada majlis sama, beberapa sumbangan dan pembayaran turut disampaikan kepada MUIS.

Antaranya termasuk zakat perniagaan RM25,000 yang diterima oleh Ahmad Rusyaidi Jamiun dari Bahagian Zakat, wakaf tunai RM5,000 diterima oleh Raid Rifdi Maidun dari Bahagian Wakaf, serta bayaran dividen RM5,000 kepada Dr Putera Aliif Al’ain Jasni dari Bahagian Pelaburan MUIS.

Turut diserahkan ialah bayaran tunggakan kutipan sewa RM600,000 kepada Yang Dipertua MUIS, Datuk Seri Yahya Hussin.

Majlis tersebut diadakan sebagai simbol komitmen syarikat dalam memperkukuh kerjasama dengan MUIS selain menyokong pembangunan ekonomi dan kebajikan umat Islam di negeri ini.

  • Related Posts

    Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

    KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

    ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

    Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

    Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

    Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

    Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

    Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

    Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

    Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

    Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

    Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

    Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

    Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan