Pemergian Syed Muhammad Naquib Al-Attas kehilangan besar dunia intelektual Islam

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama barisan menteri Kabinet serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga tokoh pemikir peradaban Islam, Profesor Diraja Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang meninggal dunia petang semalam.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar menyatakan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham yang disifatkannya sebagai antara pemikir paling berpengaruh pada zaman ini.

Beliau berkata, Allahyarham bukan sekadar seorang ahli falsafah, sebaliknya tokoh yang mengajak masyarakat menilai bukan sahaja perkara yang diketahui, malah tujuan sebenar ilmu itu sendiri.

“Melalui karya-karya penting termasuk ‘Islam and Secularism’ serta karya agungnya ‘Prolegomena to the Metaphysics of Islam’, Allahyarham mencabar proses sekularisasi ilmu dan membina asas intelektual kepada pandangan alam Islam.

“Pemikiran Allahyarham bukan sahaja didengari di Malaysia, malah turut memberi kesan besar kepada dunia Islam secara keseluruhan,” katanya.

Anwar berkata, Syed Muhammad Naquib meninggal dunia pada malam ke-19 Ramadan pada usia 95 tahun.

“Ini adalah kehidupan yang dilalui dengan penuh makna dan pemergian yang meninggalkan legasi besar,” katanya.

Beliau turut menyampaikan ucapan takziah bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia kepada keluarga Allahyarham serta semua pihak yang pernah menimba ilmu daripadanya.

Anwar juga mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta dikurniakan rahmat dan kedudukan tinggi di sisi Allah SWT.

Allahyarham yang terkenal dengan sumbangannya dalam bidang falsafah, teologi dan tamadun Islam menerima gelaran Profesor Diraja Pendidikan Islam pada 23 Oktober 2024 sebagai pengiktirafan terhadap jasa serta sumbangan besarnya kepada pembangunan ilmu dan pendidikan Islam.

Dilahirkan pada 5 September 1931 di Bogor, Indonesia, Allahyarham berkahwin dengan Latifah Abdullah dan dikurniakan empat cahaya mata, iaitu Sharifah Faizah Al-Attas, Datuk Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas, Sharifah Shifa Al-Attas dan Syed Haidar Al-Attas.

Allahyarham juga merupakan pengasas serta pengarah Institut Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) dan pernah dilantik sebagai Profesor Pelawat Terhormat di Pusat Kajian Lanjutan Mengenai Islam, Sains dan Tamadun (CASIS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 2012.

Related Posts

Sambutan SKDS di Sabah memberangsangkan, lebih 5,500 syarikat daftar subsidi diesel bagi jip dan pikap

KOTA KINABALU – Sabah muncul sebagai negeri mencatat jumlah pendaftaran tertinggi bagi kategori baharu Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) melibatkan Sektor Pengangkutan Darat (Persendirian Syarikat – Jip dan Pikap), sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kolej Komuniti Jelai pemangkin modal insan, ekonomi setempat

Kolej Komuniti Jelai pemangkin modal insan, ekonomi setempat

PKR nafi Nicky Liow ahli parti

PKR nafi Nicky Liow ahli parti

Pegawai kanan polis antara 12 ditahan ‘makan rasuah’ RM2 juta

Pegawai kanan polis antara 12 ditahan ‘makan rasuah’ RM2 juta

Sambutan SKDS di Sabah memberangsangkan, lebih 5,500 syarikat daftar subsidi diesel bagi jip dan pikap

Sambutan SKDS di Sabah memberangsangkan, lebih 5,500 syarikat daftar subsidi diesel bagi jip dan pikap

Kolej Tingkatan Enam Sepanggar catat pencapaian membanggakan, 11 pelajar raih PNGK 4.0

Kolej Tingkatan Enam Sepanggar catat pencapaian membanggakan, 11 pelajar raih PNGK 4.0

Sekretariat SMJ rancang sesi libat urus berkala bersama pengamal media

Sekretariat SMJ rancang sesi libat urus berkala bersama pengamal media